Premier League 2


Liga Perdana Inggeris 2 (LP2) mula diperkenalkan tahun ataupun musim ini bagi menggantikan kejohanan musim lalu (2016/17) bagi saingan Liga Bawah 21 Liga Perdana Perdana Inggeris.

Kewujudan saingan ini dijangka mampu memberikan kelebihan dengan menumpukan perhatian kepada kemahiran, pengetahuan dan kemahiran dikalangan pemain yang beraksi didalam saingan ini bagi memberikan pengalaman serta persediaan beraksi bersama skuad utama masing-masing.

Dengan kewujudan saingan ini juga, umur pemain dipertingkatkan daripada U21 (bawah 21 tahun) menjadi U23 (bawah 23 tahun) namun dibenarkan untuk menurunkan (maksimum) tiga pemain melebihi usia (umur) yang ditetapkan.

PL2 yang baru diperkenalkan musim ini menampilkan 24 pasukan yang mana dipecahkan kepada dua division iaitu Division 1 dan Division 2 serta menggunakan format yang sama bagi kedua-dua peringkat ini dengan terdapat kenaikan dan penurunan liga (promotion and relegation).

Kesemua 24 pasukan yang bertanding ini mestilah mematuhi syarat 'Kategori Satu' dalam Pelan Prestasi Elit Pemain (EPPP). Terdapat 15 kelab dari Liga Perdana dan sembilan kelab dari Championship.



Berikut adalah syarat-syarat Liga Perdana 2:

➧ Pemain yang lahir selepas 1 Januari 1994 bagi musim 2017/18 adalah layak (dibenarkan) beraksi didalam saingan liga ini.

➧ 12 pasukan setiap Division (Div.1 dan Div.2) dan perlawanan bakal diadakan ditempat sendiri dan ditempat lawan.

➧ Pasukan yang menamatkan saingan liga bagi Division 1 dikira sebagai Juara.

➧ Dua pasukan terbawah liga Division 1 bakal diturunkan ke Division 2.

➧ Bagi Divison 2, pasukan yang menamatkan saingan ditempat pertama layak beraksi pada saingan Division 1 musim berikutnya.

➧ Tiada penurunan liga (Division) bagi dua pasukan tercorot yang menghuni Division 2.

➧ Pasukan yang menamatkan saingan ditempat kedua, ketiga , keempat dan kelima liga Division 2 bakal bermain dalam saingan kelayakan (play-off) untuk beraksi didalam saingan Division 1.

➧ Pasukan yang menghuni tangga kedua (Div.2) bakal bertemu pasukan yang menghuni tangga kelima (Div.2) dan bermain ditempat sendiri bagi kelayakan ini.

➧ Pasukan ditangga ketiga (Div.2) bakal berdepan pasukan ditangga keempat (Div.2) dan bakal beraksi ditempat lawan pada saingan kelayakan.

➧ Perlawanan penentuan bakal diadakan di stadium pasukan yang menamatkan saingan dikedudukan pertama Division 2.

➧ Kesemua perlawanan kelayakan hanya dijalankan sekali dan dilanjutkan ke masa tambahan jika masih terikat serta penentuan sepakan penalti digunakan jika masih terikat.



Peraturan lain:

➧ Setiap pasukan dibenarkan menggunakan atau menurunkan penjaga gol  melebihi umur yang ditetapkan dan maksimum tiga pemain melebihi umur dibenarkan bagi setiap perlawanan.

➧ Setiap pasukan dikehendaki sekurang-kurangnya mengadakan tiga kali perlawanan di stadium utama sepanjang saingan liga bagi memberi suasana sebenar hari perlawanan.

➧ Padang latihan dengan kerjasama pasukan ataupun akademi hanya dibenarkan untuk mengadakan perlawanan (host) sebanyak tiga kali sepanjang liga dijalankan.

Sejarah Kejuaraan

Everton muncul selaku juara bagi musim 2016/17 PL2 (Division 1) dengan kelebihan tiga mata mengatasi pasukan Manchester City ditempat kedua manakala Swansea City muncul juara bagi Division 2  dengan kelebihan 11 mata mengatasi Wolverhampton Wanderers ditempat kedua yang mengumpul 41 mata.

Juara Division 1.

2016/17 : Everton
2015/16 : Manchester United
2014/15 : Manchester United
2013/14 : Chelsea
2012/13 : Manchester United

Juara Division 2.
2016/17 : Swansea City
2015/16 : Derby County
2014/15 : Middlesbrough

Pasukan dalam Division 1 musim 2017/18.
Arsenal, Chelsea, Derby County, Everton, Leicester City, Liverpool, Manchester City, Manchester United, Swansea City, Sunderland, Tottenham Hotspur, West Ham United

Pasukan dalam Division 2 musim 2017/18.
Aston Villa, Blackburn Rovers, Brighton & Hove Albion, Fulham, Middlesbrough, Newcastle United, Norwich City, Reading, Southampton, Stoke City, West Bromwich Albion, Wolverhampton Wanderers

Kedudukan terkini Divison 1 PL2
# Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Liverpool 11 9 0 2 25 9 16 27
2 Leicester City 11 6 3 2 15 7 8 21
3 Everton 10 6 1 3 17 10 7 19
4 Arsenal 11 6 1 4 23 19 4 19
5 West Ham United 11 5 2 4 18 21 -3 17
6 Derby County 11 5 0 6 17 19 -2 15
7 Swansea City 11 4 2 5 20 21 -1 14
8 Manchester City 11 3 4 4 20 19 1 13
9 Chelsea 11 2 5 4 13 19 -6 11
10 Manchester United 10 2 3 5 10 18 -8 9
11 Sunderland 11 2 3 6 8 17 -9 9
12 Tottenham Hotspur 11 2 2 7 19 26 -7 8

Kedudukan terkini Divison 2 PL2
# Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Middlesbrough 11 8 2 1 28 14 14 26
2 Blackburn Rovers 10 7 2 1 26 10 16 23
3 Reading 11 7 1 3 24 25 -1 22
4 Aston Villa 11 7 0 4 25 16 9 21
5 Fulham 11 6 0 5 24 20 4 18
6 Brighton and Hove Albion 10 4 3 3 16 17 -1 15
7 Southampton 11 4 1 6 20 21 -1 13
8 Wolverhampton Wanderers 10 4 0 6 14 19 -5 12
9 Newcastle United 11 3 2 6 16 25 -9 11
10 Norwich City 11 2 4 5 15 20 -5 10
11 Stoke City 11 3 0 8 16 24 -8 9
12 West Bromwich Albion 10 1 1 8 9 22 -13 4

Post a Comment

Previous Post Next Post