Kontrak Alexis Sanchez yang bakal berakhir dipenghujung musim ini serta ditambah dengan tiada perkembangan positif dicapai diantara beliau dan kelab setakat ini menyebabkan pihak Arsenal dikatakan mencari pengganti kepada beliau.
Walaupun Wenger dikatakan tidak akan melepas Sanchez pada jendela perpindahan Januari nanti, namun laporan terkini yang dikeluarkan oleh Daily Star mengatakan dimana Arsenal kini hampir pasti mendapatkan pemain Lyon, Nabil Fekir.
Menurut laporan itu juga, rundingan dan perbincangan mengenai potensi perpindahan pemain itu kini sedang dibuat dan dijangkakan nilai perpindahan bagi pemain ini mencecah £60 juta.
Selain Arsenal, Atletico Madrid dan Juventus juga dilaporkan sedang memantau perkembangan pemain ini yang mana kontrak Fekir bersama Lyon akan berakhir pada tahun 2020.
Nabil Fekir |