Wenger masih berkuasa


Kemasukan Raul Sanllehi sebagai 'director of football' Arsenal yang bakal memulakan tugas beliau pada Februari nanti tidak merisaukan Wenger.



Raul dikatakan bakal mengendalikan urusan perpindahan pemain dengan memegang portfolio sama ketika beliau bersama Barcelona apabila menyertai Arsenal nanti namun dengan nama jawatan berbeza.

Difahamkan beliau bakal menggunakan jawatan ' Head of Football' ketika bersama Arsenal nanti.

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Mirror, Arsene Wenger menegaskan bahawa beliau masih mengawal sepenuhnya urusan perpindahan pemain walaupun kemasukan Raul Sanllehi nanti.

Sanllehi, 48 tahun bakal menyertai barisan belakang tabir Arsenal yang baru selepas Ivan Gazidis berjaya mendapatkan ketua pemantau Borussia Dortmund, Sven Mislintat (head of recruitment).

Dan Wenger ketika ditanya mengenai siapakah yang bakal membuat keputusan akhir berkaitan urusan pembelian pemain (sebagaimana dipetik daripada laporan tersebut) mendedahkan bahawa beliau masih masih berkuasa sepenuhnya dan hanya beliau yang menentukan atau membuat keputusan akhir dan bukannya Ivan Gazidis.

But when asked who the final decision rests with on transfers, Wenger said: “With me. Ivan has nothing to do with buying players.”

Difahamkan juga bahawa Wenger masih mengekalkan keputusan mengenai senarai pemain yang dikehendaki beliau dalam struktur pembaruan barisan belakang tabir Arsenal yang baru ini.

Mislintat yang bertanggungjawab dalam menjalankan pemantauan (scouting) pemain yang dikehendaki dan kemudiannya Sanhelli akan menjalankan tugas beliau untuk melengkapkan proses rundingan serta melengkapkan perpindahan pemain yang dikehendaki Wenger.

Sanhelli juga bakal berada disamping Gazidis dalam Jawatankuasa UEFA yang mempunyai hubungan diseluruh Eropah.

Steve Rowley, bekas ketua pemantau Arsenal yang telah berkhidmat selama hampir 35 tahun bersama Arsenal.
Arsenal juga dilaporkan masih mengekalkan Steve Rowley dan Dick Law bersama kelab dengan dilantik sebagai penasihat.

Dick Law telah bersama Arsenal selama lapan tahun dan tempat beliau kini diisi oleh Huss Fahmy.

Post a Comment

Previous Post Next Post