Petr Cech tidak setuju 'peralihan kuasa'


Kehebatan Spurs mengalahkan Real Madrid pada saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah tempoh hari serta mampu melangkah ke peringkat seterusnya bagi kejohanan tersebut membuatkan ramai mengatakan pasukan ini lebih hebat berbanding Arsenal.

Dengan memiliki kelebihan empat mata mengatasi Arsenal ketika ini, Spurs berada di kedudukan ketiga liga sementara Arsenal ditangga keenam liga setakat ini.

Namun dakwaan 'peralihan kuasa' yang mengatakan Spurs lebih hebat berbanding Arsenal ditepis oleh penjaga gol Arsenal, Petr Cech yang nyata tidak bersetuju dengan cadangan dan pendapat tersebut.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Telegraph yang bertajuk: Petr Cech rejects claims of power shift from Arsenal to Tottenham: 'Success is about winning trophies'.

Cech menegaskan bahawa kekuatan dan 'kuasa' sesebuah kelab itu bergantung kepada kejuaraan yang dimiliki mereka dan mereka (Spurs) haruslah membuktikannya dahulu (dengan menjuarai atau memilikki) kejuaraan bagi membuktikan bahawa mereka lebih 'berkuasa' dan berbisa berbanding Arsenal.

Semenjak Arsene Wenger menyertai Arsenal pada tahun 1996, Spurs hanya mampu menjuarai League Cup dan mereka memenangi kejohanan tersebut sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1996 dan 2008.



Namun musim lalu, mereka berjaya menamatkan saingan liga buat pertama kalinya diatas Arsenal semenjak kali terakhir mereka melakukannya pada tahun 1995.

Kedudukan Liga Musim 1994/1995.
Pos Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Blackburn Rovers 42 27 8 7 80 39 +41 89
2 Manchester United 42 26 10 6 77 28 +49 88
3 Nottingham Forest 42 22 11 9 72 43 +29 77
4 Liverpool 42 21 11 10 65 37 +28 74
5 Leeds United 42 20 13 9 59 38 +21 73
6 Newcastle United 42 20 12 10 67 47 +20 72
7 Tottenham Hotspur 42 16 14 12 66 58 +8 62
8 Queens Park Rangers 42 17 9 16 61 59 +2 60
9 Wimbledon 42 15 11 16 48 65 −17 56
10 Southampton 42 12 18 12 61 63 −2 54
11 Chelsea 42 13 15 14 50 55 −5 54
12 Arsenal 42 13 12 17 52 49 +3 51
13 Sheffield Wednesday 42 13 12 17 49 57 −8 51
14 West Ham United 42 13 11 18 44 48 −4 50
15 Everton 42 11 17 14 44 51 −7 50
16 Coventry City 42 12 14 16 44 62 −18 50
17 Manchester City 42 12 13 17 53 64 −11 49
18 Aston Villa 42 11 15 16 51 56 −5 48
19 Crystal Palace (R) 42 11 12 19 34 49 −15 45
20 Norwich City (R) 42 10 13 19 37 54 −17 43
21 Leicester City (R) 42 6 11 25 45 80 −35 29
22 Ipswich Town (R) 42 7 6 29 36 93 −57 27

Arsenal pada musim tersebut (1994/1995) dipimpin oleh Stewart Houston (caretaker) manakala Spurs dipimpin oleh Gerry Francis.

Dan pada musim 1995/1996, Arsenal menamatkan saingan liga dikedudukan kelima liga manakala Spurs ditangga kelapan liga.

Arsenal memenangi 3 Piala FA dalam empat musim terkini.
Dari segi jumlah trofi keseluruhan bagi saingan domestik, Arsenal telah menjuarai 13 kali (Liga) berbanding 2 kali oleh Spurs.

Kejuaraan Arsenal Spurs
Juara Liga 13 2
Piala FA 13 8
League Cup 2 4
Piala Perisai Komuniti 15 1
UEFA Cup - 2
Cup Winners Cup Winner 1 1
Inter-Cities Fairs Cup Final 1 -
Jumlah 45 18

Dan Cech, sebagaimana dipetik daripada laporan tersebut apabila ditanya mengenai 'peralihan kuasa' yang mengatakan dimana Spurs merupakan pasukan lebih hebat di North London, beliau menegaskan dimana Arsenal lebih dan masih hebat berbanding Spurs.
No. I don't think so. There is always one odd year where things can change. They've been there in the last few years so now I think they have to make sure they win something to show the progression. They have young, talented players as well as experienced players. Their team is very well balanced. There was always something missing but I would say the difference was when Pochettino came.
Success is ultimately winning trophies. We were under pressure the last couple of years, people talking about winning trophies, obviously we are disappointed not to have won the title but we won FA Cups. Although the season was not always what we wanted, we always had a trophy at the end of it.
Kedua-dua pasukan ini bakal berentap pada Sabtu ini jam 8.30 malam waktu Malaysia.

Post a Comment

Previous Post Next Post