Kenali Mike Dean


Perlawanan liga minggu ini (perlawanan ke-12 liga) bakal menampilkan Arsenal menentang Spurs ditempat sendiri (Stadium Emirates). Satu perlawanan yang lebih dianggap mengekalkan 'maruah' apabila menentang Spurs, musuh tradisi yang bermula semenjak tahun 1913 lagi.

Dan lebih kurang empat hari lagi, perlawanan Arsenal menentang Spurs bakal berlangsung dan terdapat perkhabaran dimana Mike Dean bakal mengendalikan perlawanan ini (menjadi pengadil).

Mike Dean berusia 49 tahun dan dilahirkan di Wirral (Merseyside) yang jaraknya lebih kurang 349 km daripada London ataupun Tottenham.


Beliau mula menjadi pengadil Liga Perdana Inggeris pada tahun 1997 dan setakat ini beliau telah mengadili 774 perlawanan dengan 2576 kad kuning telah dilayangkan beliau disamping 160 kad merah sepanjang karier beliau selaku pengadil Liga Perdana Inggeris (21 musim).


Penyokong Arsenal Gusar

Menjadi satu sebab mengapa penyokong dan peminat Arsenal menjadi gusar jika Mike Dean menjadi pengadil pada perlawanan ini. 

Ini adalah kerana beliau dikatakan ataupun merupakan salah seorang peminat pasukan Spurs.

Walaupun tidak dapat dipastikan mengenai isu ini, namun melalui rakaman video (seperti dibawah) dapat diperhatikan bahawa beliau seolah-olah turut meraikan gol jaringan Spurs ketika beliau mengadili perlawanan tersebut.

Mungkin tindakan dan gaya beliau secara kebetulan sahaja - menggambarkan beliau seolah-olah penyokong Spurs ... 😉
"He's clearly indicating "advantage" but then he's clearly celebrating. He's almost hugging the goal scorer. Must be a Tottenham fan or something."
Video aksi Mike Dean seolah-olah turut meraikan gol dijaringkan oleh Spurs.

Mike Dean juga terkenal dikalangan pengadil yang paling banyak mencetuskan kontroversi dengan tindakan beliau dan aksi beliau ketika diatas padang termasuklah layangan kad kuning 'no-look'.

Melayangkan kad kuning dengan gaya 'no-look'.

Rekod layangan kad

Berdasarkan rekod dibawah, Spur merupakan satu-satunya pasukan yang tidak pernah menerima layangan kad merah daripada Mike Dean.

Adakah ini satu kebetulan? Atau adakah teori yang mengatakan Mike Dean adalah seorang penyokong pasukan Spurs adalah benar?

Kelab Maklumat Perlawanan Untuk Pasukan Pihak Lawan
P W D L K K+K M Penalti K K+K M Penalti
Chelsea FC 64 41 13 10 118 2 6 12 129 3 1 10
Arsenal FC 62 26 20 16 111 3 3 3 128 2 3 6
Manchester City 62 30 12 20 117 5 4 11 125 5 5 9
Manchester United 60 33 12 15 94 2 2 16 131 2 5 9
Tottenham Hotspur 56 25 18 13 96 4 0 10 110 9 3 9
Petunjuk P = Perlawanan, W= Win, D= Draw, L= Lose, K= Kad Kuning, K+K = Kad kuning kedua, M = Kad Merah

Namun laman Premier League masih belum lagi mengumumkan secara rasmi pegawai-pegawai yang terlibat bagi perlawanan diantara Arsenal menentang Spurs ini.

Pun begitu, media UK telah 'meriah' melaporkan mengenai isu ini.

*UPDATED: Pihak Premier League telah mengesahkan pegawai bertugas bagi perlawanan Arsenal menentang Tottenham Hotspur  adalah:

➦ Referee: Mike Dean
➦ Assistants: Ian Hussin, Eddie Smart
➦ Fourth official: Kevin Friend

Post a Comment

Previous Post Next Post