Reiss Nelson tinggalkan Spurs demi Arsenal.

Pemain remaja yang semakin meningkat naik dan merupakan salah seorang pemain muda yang menjadi bualan dikalangan peminat Arsenal ketika ini, Reiss Nelson mendedahkan dimana beliau pernah menyertai Spurs.

Aksi beliau pada siri Jelajah 2017 Arsenal begitu menakjubkan dan beliau meneruskan kecemerlangan serta mengekalkan prestasi yang cukup cemerlang itu bersama skuad U23 pada musim ini selepas berakhirnya siri jelajah tersebut.

Dan kecemerlangan beliau itu diteruskan lagi bersama skuad utama Arsenal dalam saingan Liga Europa dimana beliau setakat ini telah membuat tiga penampilan dalam saingan ini selain aksi pada saingan Piala carabao 2017.

Nelson, 17 tahun bakal menyambut ulangtahun kelahiran ke-18 beliau pada 10 Disember ini pernah menyertai 'musuh' Arsenal iaitu Tottenham Hotspur (Spurs) sebelum beliau membuat keputusan untuk menyertai Arsenal pada tahun 2008/09 di usia sembilan tahun.

Sebelum itu, beliau bermain ataupun beraksi bersama kelab Moonshot FC sebelum dijumpai oleh pencari bakat Spurs sebagaimana diceritakan melalui  Arsenal.com.

Beliau kemudiannya menyertai Spurs untuk tempoh hampir sebulan sebelum memutuskan untuk menerima tawaran Arsenal.

"Saya dijumpai oleh pencari bakat (scouted) Tottenham, dan saya bersama Tottenham untuk tempoh tiga atau empat minggu (seingat saya) sebelum menerima panggilan telefon daripada wakil Arsenal"

"Dan saya kemudiannya menyertai latihan bersama kelab ini dipusat latihan mereka."

"Pada sesi pertama (latihan) bersama Arsenal, mereka telah memutuskan untuk menandatangani saya dan saya gembira untuk menerima tawaran itu"

"Tiada apa yang lebih menggembirakan saya ketika itu selain menerima tawaran tersebut dan saya tidak sekali-kali menyesali keputusan ini"
I’m an Arsenal fan, everyone in my family is Arsenal, so it wasn’t a hard decision.
Perjalanan ataupun pencapaian beliau ketika ini boleh dianggap bergerak pantas, bermula daripada akademi yang melihatkan beliau cukup cemerlang bersama skuad U18 sebelum menyertai skuad U23 yang sekali lagi berjaya mencipta kejutan untuk 'memecah masuk' ke skuad utama Arsenal musim ini.

Nelson menandatangani kontrak profesional pertama beliau pada Disember 2016
Perkembangan positif beliau ini banyak didorong dan dibantu oleh beberapa pemain senior seperti Iwobi , Ozil, Bellerin dan juga Lacazette yang menurut beliau banyak membantu dalam meningkatkan mutu permainan disamping membuatkan beliau begitu selesa dan yakin untuk beraksi bersama mereka.

Prestasi beliau setakat ini bagi musim 2017/18.

Saingan Penampilan Gol dijaringkan Bantuan Gol dihasilkan Jumlah Minit beraksi
Premier League 2 (PL2) 5 6 - 450
Europa League 3 - - 176
EFL Cup 2 - 169
Community Shield 1 - 3
JUMLAH 11 6 - 798


Post a Comment

Previous Post Next Post