Stan Kroenke patut dipersalahkan.

Kredit Gambar : Guardian

Pemegang saham Arsenal, Alisher Usmanov menyalahkan Stan Kroenke diatas segala permasalahan yang timbul di kelab itu sekarang.

Jutawan Rusia ini menurut laporan Forbes, pada tahun 2017 mempunyai asset (kekayaan) bersih sebanyak $ 15.1 billion dan beliau merupakan pemegang saham kedua terbesar Arsenal. 

Dalam satu temuramah bersama Bloomberg, beliau telah menyatakan bahawa Stan Kroenke juga patut dipersalahkan dan bukannya Arsene Wenger seorang sahaja yang patut dipersalahkan diatas prestasi dan isu-isu semasa Arsenal.

Alisher Usmanov, who owns more than 30 percent of the London club, voiced his opposition to Stan Kroenke, the biggest shareholder, saying he’s also responsible for the team’s performance in the English Premier League. Embattled coach Arsene Wenger, whose future is under scrutiny, should have a say in picking his own successor, Usmanov said.

"I don’t think the coach alone is to be blamed for what’s happening," Usmanov said in an interview last week at his office in Moscow. The board -- from which the Russian billionaire is excluded -- and main investor “bear huge responsibility,” he said.
- Bloomberg.

Selain menyalahkan Kroenke, Usmanov juga turut meminta perubahan dilakukan pada operasi komersial Arsenal yang mana pendapatan komersial kelab ini merupakan ketiga tertinggi dalam Liga Perdana Inggeris, kira-kira 30 peratus kurang daripada Manchester United yang menjana pendapatan lebih melalui penjualan jersi serta penajaan dan penjenamaan.

*Pendapatan penuh setahun Arsenal kira-kira 350 juta pound ($434 juta).

Beliau yang telah lama mengkritik pengurusan Arsenal yang gagal menarik pelaburan semenjak tahun 2012 dan ini menyukarkan kelab itu untuk bersaing merebut kejuaraan. 

Beliau juga turut pernah menawarkan untuk membeli saham kelab itu daripada pemegang saham lain bagi membolehkan beliau berkuasa dan menyediakan dana kewangan bagi membolehkan Wenger membeli pemain-pemain ternama dunia namun mereka (pemegang saham lain) memilih untuk menjual kepada Kroenke. 

Berbeza dengan Kroenke, Usmanov merupakan seorang peminat bola sepak sejati dimana beliau selalu datang menonton distadium berbanding Korenke yang lebih bersikap 'lepas tangan'.

“If you want to win championships then you would never get involved, I think the best owners in sports are the guys that sort of watch both sides a bit. If you don’t have a good business then you can’t really afford to go out and get the best players.”
-- Usmanov told the MIT Sloan Sports Analytics Conference in Boston last year

Menurut beliau lagi, Arsenal memerlukan kesinambungan termasuklah pengganti Wenger namun ianya perlulah dilakukan dengan cara terhormat bagi menghormati Wenger.

Wenger kini merupakan pengurus paling lama yang mengendalikan sebuah kelab dalam Liga Perdana Inggeris.

Beliau bersetuju dengan cadangan jika Wenger sendiri yang menamakan calon yang sesuai bagi menggantikan dirinya sebagaimana Sir Alex Ferguson melakukannya di Old Trafford.

Sayangnya, beliau (Usmanov) bukanlah orang yang berkuasa untuk membuat sebarang keputusan di Arsenal.

"I personally, unfortunately, am fully isolated from decision making in the club," Usmanov said, adding that Keswick is the only board member that he speaks to. "All the responsibility for the fate of the club rests with the main shareholder."

Sumber: Bloomberg

Post a Comment

Previous Post Next Post