A bitter pill to swallow. Arsenal kecundang ditangan pendahulu liga yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini di dalam saingan liga, Manchester City 3-1.
Pahit namun itulah yang terpaksa ditelan oleh peminat Arsenal dengan keputusan perlawanan yang berpihak kepada tuan rumah.
Ideanya formasi dan taktikal Wenger kali ini dilihat cuba bermain dengan cara defensive dan melakukan serangan balas (counter attack) dalam usaha menewaskan City apabila meletakkan Ozil selaku pemain 'No.10' pada jentera serangan.
Dan Arsenal turun dengan formasi 4-2-3-1 (double pivot) menghadapi City bermain dengan formasi 4-3-3 pada perlawanan ini.
Dapat dilihat idea Wenger yang mahukan Ozil melakukan magik beliau dalam perlawanan ini dengan meletakkan beliau sebagai 'No.10' yang memerlukan pemain kreatif dalam membuat hantaran kepada Ramsey dan Iwobi (yang bertindak selaku wide attacker) dan Sanchez selaku penyerang tunggal (lone striker).
Manakala pada barisan pertahanan, Wenger menggunakan dua pemain defensive iaitu Xhaka dan Coquelin bagi membentuk 'double pivot' pada formasi kali ini.
Ideanya juga pada perlawanan ini, Wenger mahukan Arsenal menguasai dan melakukan tekanan serta mengawal lebih banyak atau mengekalkan bola pada pemain Arsenal disamping kembali mendapatkan bola secepat mungkin (dengan tidak membenarkan pihak lawan memegang bola, seterusnya menguasai perlawanan).
Formasi Arsenal. |
Formasi Manchester City. |
ULASAN DAN ANALISA RINGKAS PERLAWANAN
Xhaka dilihat lebih berperanan sebagai 'holding midfielder' manakala Coquelin lebih kepada 'defensive midfilder' dan juga pertahanan tengah ketika ditekan ataupun diserang untuk membentuk formasi 5-4-1.
Ketika diserang atau ditekan Arsenal mempunyai 5 pemain pertahanan membentuk formasi 5-4-1. |
Manakala Sead Kolasinac dan Hector Bellerin ketika menyerang, masing-masing bertindak selaku LWB dan RWB dengan membentuk formasi 2-4-3-1 (walapun diatas kertas ianya adalah 4-2-3-1) dan meninggalkan gandingan Koscielny dan Monreal pada bahagian pertahanan.
Formasi Arsenal ketika menyerang. |
Pada perlawanan ini, dapat dilihat sekali lagi bagaimana Wenger menggunakan kekuatan pada bahagian sayap dalam melancarkan serangan dengan memusatkan kepada 'No.10' pada gandingan Kolasinac - Iwobi/Ozil - Sanches (bahagian kiri) dan Bellerin - Ozil/Ramsey - Sanchez pada bahagian kanan.
Walaupun Arsenal berjaya mempamerkan disiplin tinggi dalam bertahan serta memberi tekanan kepada City namun pada minit ke-11, kealpaan barisanan pertahanan (lambat menutup ruang) nyaris dihukum City; mujur hantaran Sane gagal disudahkan atau disambut dengan baik oleh Sterling.
Gol Pertama City
Namun pada minit ke-17 kesilapan Iwobi membuat hantaran (dalam usaha menyelamatkan keadaan) berhampiran kawasan penalti Arsenal mengakibatkan City berjaya memperolehi kelebihan dengan menguasai bola dan melancarkan serangan yang sekaligus membuahkan hasil apabila Kevin De Bruyne menjaringkan gol pertama.
Gol Kedua City
Gol berpunca daripada sepakan penalti yang disudahkan dengan baik oleh Auguero setelah Sterling dijatuhkan oleh Monreal didalam kawasan penalti Arsenal.
Mungkin tindakan Sterling dianggap berlebihan (diving) sehinggakan penalti dihadiahkan pengadil kepada City, namun ianya sukar untuk dipertikaikan memandangkan Monreal tidak 'dihadiahkan' kad merah serta Liga Perdana Inggeris masih belum menggunakan VAR.
Gol Ketiga City
Gol kontroversi yang sekaligus meranapkan impian Arsenal untuk sekurang-kurangnya meraih satu mana dalam usaha yang dilihat mampu untuk menyamakan keadaan.
Pembantu pengadil yang juga penjaga garisan benar-benar mengecewakan apabila gagal mengesan kedudukan 'offside' David Silva sehinggakan membenarkan City menjaringkan gol ketiga mereka.
Jaringan yang menyebabkan emosi dan mental pemain Arsenal sedikit terganggu 'down'.
Jaringan yang menyebabkan emosi dan mental pemain Arsenal sedikit terganggu 'down'.
Tindakan pengadil yang membenarkan gol ketiga City meranapkan impian Arsenal untuk mengikat CIty dengan keputusan seri 2-2. |
Ketinggalan 2-1, Arsenal dilihat ketika itu mampu untuk mengejar kedudukan City untuk sekurang-kurangnya mengikat kedudukan menjadi 2-2.
Mungkin ada beranggapan dimana City terlalu kuat buat Arsenal, namun mengikut pendapat dan pandangan penulis, City sememangnya tidak memerlukan bantuan penjaga garisan untuk menewaskan Arsenal jika ianya pasukan terkuat musim ini.
Dan Arsenal bukanlah pasukan yang bermain dengan teruk pada perlawanan ini dan sekali lagi penulis percaya Arsenal mampu untuk mengikat kedudukan jika City tidak mendapat sokongan pengadil.
Highlights
This content is provided and hosted by Ok.ru, Weshare.me, Openload, Streamable. MyGooners helps you discover publicly available material throughout the Internet and as a search engine does not host or upload this material and is not responsible for the content.
Mungkin formasi kali ini lebih lengkap pada bahagian tengah pertahanan jika dibarisi oleh Mustafi untuk bergandingan dengan Koscielny.
Dan soal Sanchez menjadi penyerang tunggal pada perlawanan kali, rasa-rasanya ramai mempunyai pandangan dan pendapat sendiri.
Namun bagi penulis, mungkin Walcott lebih sesuai menggantikan Sanchez sebagai penyerang tunggal dengan Sanchez menggantikan Iwobi.
Bagaimanapun, penulis tetap bangga dengan aksi yang dipamerkan oleh kesebelasan Arsenal pada perlawanan ini.