Mengikut pendedahan sebelum ini, Wenger dikatakan memiliki skuad utama yang terlalu besar dimana memiliki 24 pemain senior yang mana menyebabkan sukar untuk beliau melakukan pembelian pemain baru melainkan beliau terlebih dahulu berjaya melepaskan beberapa pemain sedia.
Arsene Wenger distances himself from more transfers because Arsenal squad is ‘unmanageably’ big. - Metro
Namun menjelang jendela perpindahan yang bakal dibuka pada bulan depan (Januari), Wenger dikatakan bersedia melepaskan beberapa pemain termasuklah pemain senior.
Turut dilaporkan, Wenger masih berharap dapat mengekalkan beberapa pemain utam yang masih diperlukan Arsenal untuk bersaing sehingga ke penghujung musim ini dan musim baru tahun depan.
Alexis Sanchez, Olivier Giroud, Theo Walcott, Mathieu Debuchy, Jack Wilshere dan Mesut Ozil antara pemain senior yang dikaitkan dengan perpindahan yang bakal dibuka Januari.
Olivier Giroud menjadi sasaran Everton sekali lagi. |
Giroud pada jendela perpindahan lalu dikatakan hampir pasti menyertai Everton dan beliau turut diberikan kebenaran oleh Wenger untuk meninggalkan Arsenal ekoran kemasukan rakan senegara beliau Alexandre Lacazette.
Namun penyerang kebangsaan Perancis ini akhirnya memutuskan untuk kekal bersama Arsenal.
Dengan kejohanan Piala Dunia 2018 bakal menjelma tidak lama lagi, pengurus Perancis iaitu Didier Claude Deschamps telah menasihati Giroud supaya lebih banyak beraksi (kesebelasan utama) jika mahukan tempat didalam skuad kebangsaan Perancis.
Everton yang kehilangan Lukaku musim ini kepada Manchester United, walaupun berjaya menandatangani Wyane Rooney namun pengurus pasukan tersebut, Sam Allardyce dilaporkan masih berminat untuk mendapatkan Giroud bagi memperkuatkan jentera serangan Everton pada jendela perpindahan Januari ini.
Theo Walcott turut menjadi sasaran Everton. |
Walcott, yang berjaya menjaringkan satu gol dan membantu menciptakan tiga lagi gol ketika Arsenal berjaya menewaskan BATE 6-0 pagi Jumaat lalu turut dikaitkan dan dilaporkan menjadi sasaran Everton pada jendela perpindahan nanti (Januari).
Alexis Sanchez sekali lagi dikaitkan dengan Manchester City. |
Manchester City dijangka bakal melakukan atau membuat sekali lagi tawaran kepada Arsenal bagi mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Chile ini selepas gagal dalam percubaan pertama pada awal musim ini.
Difahamkan nilai perpindahan Alexis Sanchez dijangka sekitar £50 juta bagi Arsenal untuk melepaskan pemain ini.
Arsenal tidak akan melepaskan Ozil pada Januari nanti. |
Manchester United dan Barcelona dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain ini dan mengikuti rapat perkembangan kontrak Ozil bersama Arsenal.
Namun difahamkan Arsenal tidak akan melepaskan pemain kebangsaan Jerman ini pada Jendela perpindahan (Januari) nanti.
Tiada tawaran kontrak baru buat Wilshere setakat ini. |
Masa depan Jack Wilshere bersama Arsenal masih kabur dengan laporan sebelum ini bahawa kontrak beliau bakal diputuskan pada bulan depan.
Namun menurut laporan terkini, rundingan diantara beliau bersama Arsenal masih belum diputuskan dan terdapat laporan yang mengatakan Wenger masih belum lagi menawarkan kontrak kepada beliau.
Arsenal yet to offer new contract to Jack Wilshere with midfielder set to enter final six months of current deal. - DailyMail
Dengan West Ham dilaporkan berminat membawa masuk pemain berusia 25 tahun ini, Wilshere mungkin perlu memikirkan masa depan beliau bersama Arsenal memandangkan beliau turut sama berminat untuk bermain bersama skuad England bagi kejohanan Piala Dunia 2018.
Mathieu Debuchy , 32 tahun masih gagal menempatkan diri dalam kesebelasan utama Arsenal. |
Antara pemain yang mendapat kebenaran Wenger untuk meninggalkan Arsenal setelah gagal mendapat peluang untuk berada dalam kesebelasan utama Arsenal.
Debuchy could certainly leave, while big money deals could also be done for Giroud and Walcott.
Satu-satunya pemain muda yang mendapatkan pelepasan dan kebenaran Arsene Wenger untuk menyertai pasukan lain pada jendela perpindahan ini adalah Chuba Akpom.
Penyerang berusia 22 tahun ini dilihat semakin tenggelam dengan kehebatan seorang lagi penyerang muda Asenal iaitu Eddie Nketaih.
Selain Nketiah, Arsenal turut memiliki beberapa pemain muda yang berbakat besar seperti Reiss Nelson, Ainsley Maitland-Niles dan Joe Willock.
Mampukah Wenger mengekalkan pemain utama yang dikehendaki dan melepaskan pemain yang tidak diperlukan?