Jualan Krismas Newcatle

£300 juta untuk miliki Newcastle United 

Hampir dua bulan lalu pemilik Newcastle United, Mike Ashley mengumumkan bahawa beliau mahu menjual kelab yang menerima jolokan 'The Magpies' ini dan dua minggu lalu dilaporkan beliau telah menolak tawaran berjumlah £250juta.

Mike Ashley menjadi pemilik Newcastle selepas membeli saham kelab ini pada tahun 2007. Bermula dengan membeli saham milik Sir John Hall's sebanyak 41.6% pada bulan Mei.

Beliau kemudiannya sedikit demi sedikit membeli kesemua saham pemilik Newcastle yang akhirnya pada 18 Julai 2007 menyaksikan saham Newcastle dilucutkan dari Bursa Saham London selepas beliau memiliki 90% saham kelab tersebut.

Mike Ashley
Sepanjang 10 tahun menjadi pemilik kelab ini, Newcastle mengalami dua kali kejatuhan liga dan musim lalu kelab ini dibawah kendalian Rafael Benitez, berjaya membawa kembali Newcastle menyertai saingan Liga Perdana Inggeris.

Newcastle kini menghuni tangga ke-16 liga selepas mengharungi 15 perlawanan.

Mahu Lebih

Difahamkan Ashley telah menolak tawaran berjumlah £250 juta daripada Amanda Staveley, seorang ahli perniagaan British yang pernah cuba untuk membeli Liverpool dengan alasan ianya jauh lebih rendah daripada jangkaan beliau.

Amanda Staveley menawarkan  £250juta bagi membeli Newcastle daripada Mike Ashley.
Ashley mahukan Staveley membayar £300 juta bagi membolehkan beliau melepaskan pegangan saham Newcastle kepada ahli perniagaan British itu.

Untuk rekod, Ashley telah mengeluarkan sebanyak £133 juta pada tahun 2007 ketika membeli kelab ini.

Namun dalam laporan terkini, rundingan diantara Ashley dan Staveley yang buat pertama kali bertemu dalam melakukan rundingan dikatakan menemui jalan buntu setelah Ashley dilaporkan meminta sebanyak £400 juta bagi melepaskan Newscastle. 

10 tahun Mike Ashley - Newcastle

  • Mei 2007: Ambil alih Newcastle.
  • Januari 2008: Sam Allardyce dipecat dan digantikan oleh Kevin Keegan. 
  • September 2008: Keegan letak jawatan dan Joe Kinnear dilantik sebagai interim. 
  • Mei 2009: Newcastle turun liga. Sertai Championship.
  • April 2010: Berjaya kembali ke Liga Perdana dibawah pengurus baru,Chris Hughton selepas berjaya menjuarai Liga Championship.
  • Disember 2010: Hughton dipecat dan digantikan oleh Alan Pardew.
  • November 2011: St James' Park dinamakan Sports Direct Arena sempena nama syarikat milik Ashley.
  • Mei 2012: Newcastle menamatkan saingan Liga Perdana ditangga kelima dibawah kendalian Alan Pardew.
  • Oktober 2013:  Newcastle telah mengenaan larangan kepada wartawan Newcastle Evening Chronicle, The Journal dan The Sunday Sun daripada menghadiri sebarang sidang media mereka.
  • Mei 2015: Ashley mengatakan bahawa beliau tidak akan meninggalkan Newcastle selagi tidak memenangi kejuaraan liga.
  • Mei 2016: Newcastle sekali lagi tersingkir daripada saingan Liga Perdana.
  • April 2017: Newcastle kembali ke Liga Perdana.
Mike Ashley merupakan 'founder' dan CEO kepada Sport Direct yang diasaskan pada tahun 1982.

Post a Comment

Previous Post Next Post