Aku bukan Pochettino... Aku Arsene Wenger.

Biar putih tulang, jangan putih mata membawa maksud lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah manakala peribahasa ada pasang surut pula membawa maksud ada masa memperolehi kemenangan dan ada masanya mengalami kekalahan.
Pochettino says Tottenham out of Premier League title race after slip up against West Brom. - Goal
Kenyataan pengendali Spurs, Mauricio Pochettino yang menyifatkan peluang pasukan mereka untuk mencabar kejuaraan liga semakin tertutup dan diibaratkan terkeluar daripada persaingan merebut kejuaraan liga dibidas Arsene Wenger.

Arsenal tewas kepada Manchester United pada aksi liga awal pagi Ahad lalu dan kekalahan tersebut menyaksikan Arsenal kini ketinggalan 15 mata dibelakang pendahulu liga Manchester City yang mengumpul 43 mata.



Namun menggenggam bara api biar sampai jadi arang, Wenger jelas yakin bahawa pasukan kendalian beliau masih mampu bersaing dan akan berjuang sehingga ke saat akhir sebelum mengaku kalah.

Arsenal hanya berada tiga mata didepan Spurs yang menghuni tangga ke enam liga (Arsenal ditangga kelima) namun kedudukan itu jelas tidak melemahkan semangat Wenger dalam usaha beliau untuk memburu kejuaraan liga bersama Arsenal.

Pochettino yang ditanya mengenai perbezaan mata yang terlalu besar selepas pasukan beliau tewas kepada West Brom menjelaskan :
"Ya, memang benar perbezaan melebihi 10 mata merupakan satu perbezaan besar dalam Liga Perdana"
"Tetapi sekarang kita perlu fokus dan cuba memperbaiki sebarang kelemahan dan berharap akan lebih konsisten di Wembley, dan kami akan cuba memenangi lebih banyak perlawanan di sini seperti musim lalu sebagaimana kami bermain White Hart Lane."
Sumber : Goal
Walaupun nada pengurus Spurs itu seolah tidak yakin dengan peluang mereka, namun tidak bagi Wenger dimana beliau telah menegaskan bahawa Arsenal masih dalam persaingan kejuaraan liga sehinggalah ianya dipastikan tidak mungkin lagi untuk mencabar kejuaraan secara matematik.

Wenger turut ditanya soalan yang sama sebagaimana Pochettino ditanya mengenai peluang untuk menjuarai liga.
Dan jawapan Wenger adalah " Aku bukanlah Pochettino, aku Arsene Wenger. "

'Saya berada di sini untuk berjuang selagi saya boleh (mampu), selagi secara matematik nya kami masih mampu, anda perlu berjuang, anda tidak boleh memberi alasan lain.'

Jom layan

Sumber : Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post