Teka teki masa depan Leon Goretzka

Pemain muda yang menjadi buruan kelab-kelab ternama Eropah, Leon Goretzka memberi bayangan mengenai masa depan beliau pada Januari nanti.

Goretzka, 22 tahun dilabel sebagai bakat muda paling berbakat ketika ini dalam Liga Jerman (Bundesliga) sehinggakan aksi beliau mendapat perhatian kelab-kelab Inggeris.

Kontrak beliau yang bakal berakhir pada penghujung musim nanti membuatkan Manchester United, Arsenal dan Liverpool kini dalam keadaan 'berjaga-jaga' mengikuti perkembangan pemain ini.



Bagaimanapun, Schalke tetap yakin bahawa meraka mampu mengekalkan pemain tersebut sehingga ke penghujung musim ini (2017/18) walaupun kelab-kelab Inggeris tersebut dikatakan bersedia untuk mendapatkan tandatangan pemain tengah ini pada tahun baru nanti.

Dan ditanya mengenai khabar angin yang kuat mengatakan mengenai perpindahan beliau,  Goretzka menjelaskan bahawa beliau ketika ini sedang mempertimbangkan langkah dan keputusan yang bakal dibuat mengenai masa depan beliau.

"Banyak perkara yang perlu saya pertimbangkan. Saya seorang yang sangat teliti dalam membuat sebarang keputusan."

"Saya telah melalui pengalaman tersebut... jadi saya perlukan masa."

"Lagipun tiada tarikh akhir untuk membuat keputusan ini, namun saya merasakan ianya berada pada fasa akhir"

"Dan keputusan akan dibuat pada Januari nanti"

Difahamkan United dan Arsenal bakal berunding dengan wakil Goretzka pada Januari nanti namun pengarah sukan Schalke, Christian Heidel berharap beliau mampu mengekalkan pemain kebangsaan Jerman ini.

Selain kelab Inggeris, Juventus dan Bayern Munich turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan tandatangan pemain ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post