Giroud bukan untuk dijual


Wenger tegaskan bahawa Giroud bukan untuk dijual pada jendela perpindahan Januari ini.

Arsene Wenger dilaporkan tidak akan melepaskan Olivier Giroud pada Januari ini dan bakal memberikan lebih banyak peluang kepada pemain kebangsaan Perancis ini dalam aksi lliga.


Giroud ketika ini masih gagal membuat penambilan dalam permulaan bersama barisan utama Arsenal musim ini dan sering kali digunakan sebagai pemain gantian dalam aksi liga.

Aksi beliau boleh dikatakan tidak mengecewakan setiap kali masuk menggantikan pemain dalam perlawanan liga dan tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa beliau sering kali menjadi penyelamat Arsenal.

Pada perlawanan pertama liga menentang Leicester City, beliau masuk menggantikan Rob Holding pada minit ke-67 dan berjaya menjaringkan gol kemenangan Arsenal dalam menewaskan Leicester 4-3 pada minit ke-85 perlawanan.

Dan sekali lagi beliau muncul penyelamat Arsenal pada pertembungan menentang Southampton semalam (10 Disember) untuk mengikat perlawanan 1-1.

Walaupun tidak mampu memberikan Arsenal tiga mata, namun beliau berjaya mengelakkan Arsenal daripada berputih mata pada perlawanan tersebut.



Rekod penampilan Giroud didalam saingan Liga Perdana musim ini (setakat ini).


Bil. Tarikh Tempat Lawan Keputusan Gol Assists Minit Beraksi
1 8/11/17 H Leicester 4:3 1 - 23'
2 8/19/17 A Stoke City 1:0 - - 24'
3 8/27/17 A Liverpool 4:0 - - 28'
4 9/9/17 H Bournemouth 3:0 - - 15'
5 9/17/17 A Chelsea 0:0 - - 17'
6 9/25/17 H West Brom 2:0 - - 7'
7 10/1/17 H Brighton 2:0 - - 19'
8 10/14/17 A Watford 2:1 - - 22'
9 10/22/17 A Everton 2:5 - - Tidak diturunkan
10 10/28/17 H Swansea 2:1 - - 9'
11 11/5/17 A Man City 3:1 - - 12'
12 11/18/17 H Spurs 2:0 - - Tiada dalam skuad
13 11/26/17 A Burnley 0:1 - - Tidak diturunkan
14 11/29/17 H Huddersfield 5:0 2 - 45'
15 12/2/17 H Man Utd 1:3 - - 14'
16 12/10/17 A Southampton 1:1 1 - 18'

Giroud, 31 tahun hampir meninggalkan Arsenal pada jandela perpindahan awal musim namun menolak 'pelepasan' atau kebenaran yang diberikan Wenger kepada beliau.

Walaupun beliau mengakui kecewa dengan peluang yang diberikan Wenger terhadap beliau dalam aksi liga, namun beliau bertekad untuk membuktikan kebolehan serta merebut kembali tempat beliau selaku penyerang utama Arsenal.

Secara keseluruhan, Giroud beraksi selama 253 minit dalam 16 perlawanan liga. Tidak sampai tiga perlawanan jika mengambil kira 90 minit penuh setiap perlawanan. Namun beliau berjaya menjaringkan empat gol setakat ini dalam saingan liga (63.3minit setiap gol).

Dan Wenger dalam temurah selepas perlawanan menentang Southampton, menjelaskan bahawa Giroud bakal diberikan lebih banyak peluang dalam aksi liga selepas ini.
He will start more games. I believe as well it's always the same when you have many good players, some of them cannot play. The question you get is always why does the guy who is good not play? - Wenger.
Wenger turut ditanya mengenai isu perpindahan melibatkan Giroud dan beliau hanya membalas pertanyaan wartawan tersebut dengan menyatakan bahawa Giroud masih merupakan pemain penting buat Arsenal dan tidak akan melepaskan beliau pada Januari nanti.
In your question is the answer, because you say he is important, why should we lose an important player?
Namun apabila ditanya mengenai pembelian pemain baru pada jendela perpindahan Januari nanti, Wenger masih berahsia mengenai isu ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post