Laman Twitter rasmi Ostersunds FK balas tweet Arsenal sambil melakukan provokasi.

Arsenal diundi bertemu dengan kelab Sweden, Ostersunds FK dipusingan kalah mati Liga Europa.


Menariknya mengenai kelab ini adalah ianya ditubuhkan pada tahun yang sama dimana Arsene Wenger mula menyertai Arsenal.

Dan setelah undian diumumkan, laman Twitter Arsenal telah memuatnaik status "See you at Jamtkraft Arena in February" dan ianya disambut dengan gurauan oleh kelab tersebut apabila membalasnya dengan melakukan 'provoke' kepada Arsenal.

Laman Twitter Ostersunds FK membalas tweet Arsenal dengan status "Please make sure that [Arsene] Wenger has fixed his jacket before traveling, it's going to be cold in Ostersund." yang disertai dengan gambar gif memaparkan Wenger yang menghadapi kesukaran dengan zip jaket beliau.
Ostersunds FK dipimpin oleh bekas pertahanan York City, Graham Potter yang mana pernah membuat penampilan (sekali) bersama skuad bawah 21 tahun England pada tahun 1996.

Graham Potter
Beliau mula mengemudi kelab Sweeden ini pada tahun 2011 yang beraksi di liga keempat Sweden dan berjaya membawa kelab ini beraksi pada saingan Liga Europa musim ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post