Walaupun mempunyai dua penyerang yang dianggap berbisa ketika ini, namun Wenger lebih gemar menggunakan seorang penyerang ataupun penyerang tunggal dalam taktikal dan formasi beliau.
Alexandre Lacazette merupakan penyerang dan pemain termahal yang pernah dibeli Arsenal dalam tempoh Arsene Wenger menjadi pengurus Arsenal.
Dan hingga ke hari ini, kita masih gagal melihat Wenger menurunkan gandingan dua pemain kebangsaan Perancis ini bersama-sama dalam perlawanan musim ini (kompetitif).
Statistik 30 Gol Arsenal - setakat ini (2017/18)
Type | Goals(Home) | Effect(Overall) | Goals(Away) | Effect(Overall) | Goals (Overall) |
Effect (Overall) |
---|---|---|---|---|---|---|
Open Play | 15 | 71% | 7 | 78% | 22 | 73% |
Set Piece | 5 | 24% | 1 | 11% | 6 | 20% |
Penalty | 1 | 5% | 1 | 11% | 2 | 7% |
Counter Attack | - | - | 0 | 0% | ||
Own Goal | - | - | 0 | 0% |
Menariknya kedua-dua penyerang kebangsaan Perancis ini adalah, Giroud merupakan penyerang utama skuad kebangsaan negara itu manakala Lacazette pula menjadi pilihan kedua.
Namun situasi berbeza dialami kedua-dua pemain ini bersama Arsenal. Lacazette kini menjadi pilihan utama Wenger dan Giroud hanya menjadi pilihan kedua bersama Arsenal.
Dengan Lacazette menjadi penjaring terbanyak Arsenal setakat ini (8 gol), Giroud yang sering kali digunakan sebagai 'super sub' turut berada didalam senarai Top 3 penjaring terbanyak Arsenal setakat ini dengan empat gol berjaya dijaringkan beliau, berkongsi kedudukan bersama Alexis Sanchez.
Namun situasi berbeza dialami kedua-dua pemain ini bersama Arsenal. Lacazette kini menjadi pilihan utama Wenger dan Giroud hanya menjadi pilihan kedua bersama Arsenal.
Dengan Lacazette menjadi penjaring terbanyak Arsenal setakat ini (8 gol), Giroud yang sering kali digunakan sebagai 'super sub' turut berada didalam senarai Top 3 penjaring terbanyak Arsenal setakat ini dengan empat gol berjaya dijaringkan beliau, berkongsi kedudukan bersama Alexis Sanchez.
Senarai penjaring gol Arsenal setakat ini.
Bil | Pemain | Jumlah Jaringan |
---|---|---|
1 | Alexandre Lacazette | 8 |
2 | Olivier Giroud | 4 |
3 | Alexis Sánchez | 4 |
4 | Aaron Ramsey | 3 |
5 | Danny Welbeck | 3 |
6 | Nacho Monreal | 2 |
7 | Mesut Özil | 2 |
8 | Alex Iwobi | 1 |
9 | Sead Kolasinac | 1 |
10 | Per Mertesacker | 1 |
11 | Shkodran Mustafi | 1 |
Melihat kepada statistik tersebut, adakah tiada ruang buat Wenger untuk mengandingkan mereka berdua?
Ketika ini Wenger gemar menggunakan 3-4-2-1 yang mana kelebihan formasi dan taktikal ini diterangkan pada video dibawah.
Giroud ketika bersama skuad kebangsaan Perancis menjadi pilihan utama dan sering kali digandingkan dengan Antoine Griezmann dalam beberapa formasi dan taktikal pasukan Perancis itu bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018.
Manakala Lacazette dalam saingan ataupun pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 baru membuat tiga kali penampilan dengan dua kali beraksi pada posisi penyerang dan sekali pada posisi sayap kanan.
Manakala Lacazette dalam saingan ataupun pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 baru membuat tiga kali penampilan dengan dua kali beraksi pada posisi penyerang dan sekali pada posisi sayap kanan.
Kelayakan Piala Dunia 2018 | |||
---|---|---|---|
Pemain | Penampilan | Gol | Assists |
Giroud | 17 | 6 | 2 |
Lacazette | 3 | - | - |
Ketika ini Wenger gemar menggunakan 3-4-2-1 yang mana kelebihan formasi dan taktikal ini diterangkan pada video dibawah.
Mengenali Wenger yang gemar ataupun mempunyai pengaruh dalam taktkal 'total football' kita boleh memahami mengapa beliau hanya menggunakan seorang penyerang.
Namun adakah Wenger tidak mahu mencuba gandingan mereka berdua dengan kembali kepada posisi 4-4-2?
Wenger pernah menjelaskan bahawa formasi 4-4-2 merupakan formasi yang paling ideal digunakan dimana dua pemain pertahanan tengah, dua pemain tengah dan dua penyerang telah berjaya merangkumi 60% kawasan padang.
Dan 40% lagi kawasan padang diliputi atau 'di cover' oleh dua pemain pertahanan luar (pertahanan kiri dan kanan) dan dua pemain sayap (kanan dan kiri).
Manakala perubahan taktikal dan formasi menurut Wenger, adalah perlu dibuat apabila anda mengenalpasti masalah dengan corak yang diterapkan (semasa) yang tidak menghasilkan sesuatu yang memuaskan dan perubahan ini merangkumi kepada taktikal dan juga pemain.
Dan ianya adalah penting untuk membuat keputusan yang tepat pada masa yang betul namun kejayaan perlu pengorbanan dan risiko serta keberanian untuk mencuba.
Berbalik kepada gandingan Giroud dan Lacazette dimana kita tidak pernah melihat mereka bergandingan dalam perlawanan kompetitif setakat ini.
Namun pada perlawanan menentang West Ham Rabu lalu, Wenger telah memasukan Lacazette pada minit ke-82 menggantikan Sanchez serta mengekalkan Giroud sebagai penyerang utama (tunggal) dan meletakkan Lacazette pada posisi sayap.
Namun tempoh 10 minit untuk melihat dan menilai keberkesanan gandingan mereka amatlah sukar dan Lacazette hanya bermain pada bahagian sayap (mengekalkan posisi Sanchez).
Sukar untuk menjelaskan kenapa mereka berdua tidak boleh digandingkan bersama (dalam formasi 4-4-2) memandangkan Arsenal pernah memiliki gandingan mantap Henry dan Bergkamp.