Return of the Wizard : Mesut Ozil

"We have got Ozil, Mesut Ozil, I just don't think you understand.... He is Arsene Wenger's man, he is better than Zidane, we have got Mesut Ozil"

Laporan terkini kuat mengatakan bahawa Mesut Ozil bakal menyertai Manchester United musim depan dan tidak berminat untuk meyertai Barcelona.



Walaupun ianya sekadar khabar angin namun dengan status kontrak beliau yang bakal berakhir hujung musim ini dan rundingan penyambungan kontrak masih gagal serta ditambah dengan prestasi pasukan (Arsenal) yang tidak menentu ketika ini, adalah tidak mustahil untuk beliau berpindah musim depan.

Dan jika ianya menjadi kenyataan, sekali lagi peminat Arsenal bakal berduka dengan tindakan pemain ini yang menyertai pasukan yang dianggap 'musuh' sebagaimana Robin van Persie melakukan nya dahulu pada tahun 2012 apabila menyertai Manchester United.

Walaupun ianya bukanlah seteruk menyertai Spurs, namun ianya sudah pasti melukakan segelintir hati dan peminat Arsenal.


Dan sudah pasti chant... "We have got Ozil, Mesut Ozil, I just don't think you understand.... He is Arsene Wenger's man, he is better than Zidane, we have got Mesut Ozil" bakal menjadi kenangan dan mungkin juga bakal ada chant baru menggantikan chant ini.

#COYG #WeAreTheArsenal

Post a Comment

Previous Post Next Post