Ibrahimovic label Guardiola 'budak-budak'


Tidak dapat dinafikan bahawa Zlatan Ibrahimovic merupakan bintang bolasepak paling menghiburkan, baik diatas padang mahupun diluar padang.

Menyertai Manchester United buat kali kedua pada 24 Ogos 2017 selepas menamatkan kontrak (setahun) bersama United pada musim lalu, beliau terkenal dengan ungkapan "I won't be the King of Manchester, I will be the God of Manchester" ketika menyertai kelab ini.



Terbaru laporan FFT, mendedahkan bahawa Ibrahimovic melabelkan pengendali Manchester City, Pep Guardiola sebagai seorang pengurus yang tidak matang yang pernah beliau bermain di sepanjang karier bolasepak beliau.
Zlatan Ibrahimovic says Pep Guardiola is the most "immature" coach he has worked with over his distinguished football career. - FFT
Ibrahimovic yang menyertai Barcelona daripada Inter Milan pada tahun 2009, hanya bermain satu musim dibawah kendalian Guardiola sebelum berpindah menyertai AC Milan musim berikutnya secara pinjaman.

Dibawah kendalian Guadiorla (bersama Barcelona), Ibrahimovic menjuarai La Liga pada musim 2009/10 dan beliau telah membuat sebanyak 46 penampilan serta 22 gol berjaya dijaringkan bersama kelab itu.

Hubungan Ibrahimovic bersama Guardiola tidak begitu baik ketika bersama Barcelona.
Namun menurut pendedahan yang dibuat oleh FFT itu, Ibrahimovic menyatakan bahawa beliau begitu kecewa dengan cara pengendali itu melayani (mengurus) beliau dan Lionel Messi.

"Saya telah menjaringkan banyak gol dalam tempoh enam bulan pertama dan kami berjaya memenangi dua kejuaraan (Super Cup)"

Supercopa de España tahun (musim) 2009 dan 2010.

"Untuk enam bulan pertama ianya begitu sempurna, namun selepas itu kami menukar corak pemainan dan taktik yang mana ianya tidak begitu sesuai dengan saya."

"Kemudian pengurusan meminta saya berunding bersama beliau (Guardiola)"

"Dan saya memberitahu Guardiola bahawa dia telah mengorbankan pemain lain untuk Messi. Dia (Guardiola) memberitahu saya yang dia memahami perasaan saya ketika itu"

"Selepas itu, dia meletakkan saya di bangku simpanan untuk perlawanan seterusnya, satu demi satu perlawanan saya diletakkan sebagai pemain simpanan"

"Saya ingat beliau telah menyelasaikan masalah ini dengan baik, namun sebaliknya yang terjadi"

"Beliau tidak lagi bercakap dengan saya malahan takut untuk bertentang mata dan selalu mengelak daripada berjumpa dengan saya"

"Saya mula memahami dimana terdapat masalah lain selain isu berkaitan bolasepak. Dan masalahnya adalah beliau, beliau tidak mampu untuk menyelesaikan masalah bersama saya"

Ibrahimovic turut menjelaskan dimana pengendali kelahiran Sepanyol tu telah menghukum beliau pada hari pertama beliau bersama kelab itu apabilia Guadiorla telah menengur beliau yang menghadiri sesi latihan dengan menaiki kenderaan mewah.
I remember on my first day, he told me that the Barcelona players didn’t turn up to training in Ferraris or Porsches. - Zlatan Ibrahimovic
Menurut Ibrahimovic lagi, dia kecewa dengan pengurus tersebut yang telah menilai dan menghukum beliau sebelum mengenali beliau serta mendedahkan dimana pemain lain seperti Mario Mandzukic dan Samuel Eto'o turut mengalami nasib yang sama sebagaimana beliau alami dibawah kendalian Guardiola.

"Dia bukan jurulatih terburuk yang pernah saya bermain tetapi dia pastinya yang paling tidak matang - kerana seorang lelaki mampu menyelesaikan masalah."

Video lucu dalam temuramah bersama Zlatan Ibrahimovic.

"No, because lions they don't recover like humans."



Post a Comment

Previous Post Next Post