Kekecohan yang tercetus selepas perlawanan 'derby' Manchester (United vs City) mendapat respon daripada Arsene Wenger.
Menurut Wenger, kelab-kelab Liga Perdana Inggeris patut mencontohi semangat kesukanan yang ditunjukan oleh pengusti sumo Jepun.
Wenger yang pernah berada di Jepun sebelum mengendali Arsenal, menyukai sukan tersebut yang menurut beliau pengusti sumo amat menghormati lawan mereka sehinggakan tidak menunjukkan kegembiraan apabila berjaya menewaskan lawan mereka.
That's why when I was in Japan I liked sumo. In sumo, you can never tell the guy who wins. He doesn't show his happiness out of respect to his opponent. That shows how deep the culture of respect for each other is there. Is it something we can repeat here? I don't know because it is not part of our culture.
Wenger pernah mengemudi kelab Jepun, Nagoya Grampus Eight pada tahun 1995-1996. |
Manchester Derby
Menurut laporan Independent, kekecohan yang tercetus di terowang menuju bilik persalinan bermula selepas pengurus United, Jose Mourinho menegur tindakan pemain City yang meraikan kemenangan itu secara berlebihan dibilik persalinan.
MANCHESTER IS BLUE! #derbywinners #inSané #LS19 #MUNMCI @mancity @premierleague pic.twitter.com/CBEYJjKcuc— Leroy Sané (@LeroySane19) December 10, 2017
Tindakan Mourinho yang menegur pemain-pemain City supaya tidak membuat bising keterlaluan menyebabkan perselisihan tercetus diantara Mourinho dan penjaga gol City, Ederson.
Perselihanan diantara mereka berdua itu akhirnya menjadi semakin panas dengan campur tangan pemain City yang lain dan kemuncak insiden tersebut terjadi setelah pemain-pemain United meluru kearah mereka bagi mempertahanan Mourinho yang dibaling botol dan susu.
Ederson meraikan kemenangan keatas United. |
Among multiple accounts of the flashpoint are reports of United boss Jose Mourinho having a carton of milk thrown in his direction and visiting assistant coach Mikel Arteta suffering a cut head.
Arsenal sebelum ini turut mengalami peristiwa kekecohan didalam terowong menuju ke bilik persalinan selepas mengalami kekalahan kepada United.
Kekalahan tersebut mengakhiri rekod tanpa kalah Arsenal selama 49 perlawanan dan Wenger menyalahkan pengadil perlawanan, Mike Riley yang didakwa Wenger telah melakukan beberapa kesilapan (keputusan) dalam pada perlawanan tersebut.
Kemuncak insiden itu, pengurus United telah dibaling pizza dan Cesc Fabregas akhirnya mengaku bahawa beliau merupakan individu yang membaling pizza tersebut kepada Sir Alex Furgeson.