Kenali Nabil Fekir


Nabil Fekir, 24 tahun merupakan pemain yang hangat dikatakan bakal menggantikan Mesut Ozil pada musim baru nanti jika rundingan kontrak Ozil menemui kegagalan bersama Arsenal.

Walaupun setakat ini masih menjadi khabar angin, namun adakah Kapten Lyon ini benar-benar sesuai dengan corak dan gaya permainan Arsenal?

Ataupun mampukah beliau menyesuaikan diri dengan corak taktikal Wenger dan juga gaya permainan Liga Perdana Inggeris yang lebih mencabar (lebih kompetitif) serta memerlukan kekuatan fizikal berbanding liga Perancis , Ligue 1.

Latar Belakang

Beliau menyertai Lyon pada usia 12 tahun apabila menyertai akademi kelab tersebut pada tahun 2005.

Namun ianya bukanlah semudah yang disangkakan beliau. Dua tahun kemudian (2007) beliau dilepaskan oleh Akademi Lyon kerana merasakan bahawa beliau tidak cukup kuat untuk menjadi seorang pemain bolasepak (usia beliau ketika itu adalah 14 tahun).

Beliau kembali kepada kelab lama (akademi) Vaulx-en-Velin yang disertai beliau sebelum menyertai Lyon bagi membuktikan kebolehan beliau menjadi seorang pemain bolasepak.

2010, beliau kemudiannya menyertai Saint-Priest dan disinilah bakat beliau mula mendapat perhatian kebanyakan kelab-kelab Perancis sehinggakan beliau sering diperhatikan oleh pencari bakat (scout).

Dan pada satu ketika, kelab 'bermusuhan' dengan Lyon, Saint-Étienne hampir pasti menandatangani beliau dengan membuat tawaran untuk membawa beliau menyertai kelab tersebut.



Peluang itu juga merupakan peluang terbaik buat beliau bagi membalas dendam terhadap Lyon yang pernah melepaskan beliau kerana dikatakan beliau tidak mempunyai ciri-ciri seorang pemain bolasepak.

Namun beliau tetap sabar menunggu tawaran daripada Lyon kerana kelab itu merupakan satu-satunya pilihan beliau untuk bermain bolasepak dan mewakili kelab tersebut merupakan cita-cita beliau selama ini.

Tahun 2011, hasrat dan impian beliau akhirnya tercapai untuk menyertai Lyon apabila kelab tersebut beliau akhirnya menawarkan kontrak kepada beliau untuk bersama mereka.
I wanted to show them that they (Lyon) made a mistake," - Nabil Fekir.
Kelab yang diwakili beliau pada peringkat remaja
2000–2001 AC Villeurbanne
2001–2003 Vaulx-en-Velin
2003–2005 SC Caluire
2005–2007 Lyon
2007–2010 Vaulx-en-Velin
2010–2011 Saint-Priest
2011–2013 Lyon

Prestasi dan rekod penampilan 

Rekod penampilan dan prestasi beliau musim ini (2017/18) bersama Lyon amat mengagumkan dimana beliau telah berjaya menjaringkan 13 gol dan tiga bantuan gol setakat ini dalam kesemua pertandingan.

Prestasi dan rekod penampilan Fekir musim 2017/18 setakat ini.
Saingan Penampilan Gol dijaringkan Assists Kad Kuning Minit beraksi
Ligue 1 13 11 3 4 1080'
Europa League 5 2 - 1 393'
Jumlah 18 13 3 5 1473'

Posisi dan jaringan serta bantuan gol dihasilkan beliau pada musim ini bersama Lyon.
Posisi Penampilan Jaringan Assists
Attacking Midfield 15 10 2
Secondary Striker 3 3 1

Posisi


Fekir dikenali sebagai pemain yang memiliki ketangkasan dan kekuatan serta dilihat selesa bermain dengan peranan No.10, namun ianya tidak menghalang beliau untuk beraksi cemerlang pada bahagian sayap (kiri dan kanan) mahupun sebagai penyerang kedua (bakcup striker).

Kelebihan dimiliki beliau ini memberikan satu pilihan terbaik buat pasukan Lyon untuk menggunakan beliau pada sudut/posisi menyerang, bersesuaian dengan taktikal dan formasi mereka.

Dengan Lyon bermain dalam formasi 4-3-3 ataupun 4-2-3-1 beliau pada musim lalu (2016/17) lebih banyak diturunkan atau digunakan pada posisi 'attacking midfielder' selain pada posisi sayap kanan dan juga penyerang kedua (secondary striker).


Berikut adalah rekod penampilan beliau musim lalu berserta rekod jaringan dan bantuan gol.

Posisi Penampilan Jaringan Dihasilkan Bantuan Gol
Attacking Midfield 19 5 7
Centre-Forward 15 6 6
Right Wing 7 - 1
Jumlah 41 11 14

Dari segi corak permainan pula, beliau memiliki kebolehan mencari sudut sesuai dalam melakukan hantaran kepada rakan sepasukan, persamaan yang hampir jika dibandingkan dengan Ozil. Dan beliau turut menggunakan (kekuatan) kaki kiri sama seperti Ozil.

Kelebihan lain, beliau turut memiliki kebolehan dalam melakukan inswinging corners dan pakar dalam melakukan sepakan percuma.

Namun disebalik kelebihan yang dimiliki beliau, Fekir juga memiliki kelemahan yang hampir sama dengan Ozil iaitu dalam bertahan.

Cuma tidaklah seteruk Ozil, sebagaimana statistik dibawah:

Statistik Nabil Fekir. Kredit Squawka

Statistik Ozil. Kredit Squawka

Sesuai atau tidak bersama Arsenal

Persoalan yang sukar untuk dijawab memandangkan Lacazette sehingga ke hari ini masih gagal diberi peluang untuk beraksi penuh setiap perlawanan (kecuali menentang Manchester United tempoh hari).

Dengan formasi terkini yang sering digunakan Wenger, mungkin sukar buat Fekir mempamerkan aksi cemerlang beliau bersama Arsenal.  (Sekadar pendapat peribadi penulis).

Dan sudah pasti jika Arsenal berjaya mendapatkan beliau, Wenger lebih tahun dimanakah Fekir bakal bermain (posisi).

Namun persoalan yang paling besar selain keinginan Arsenal yang benar-benar berminat mendapatkan beliau, sanggupkah Wenger dan BOD mengeluarkan belanja sekitar £60 juta.

Kontrak Nabil Fekir bakal berakhir bersama Lyon pada Jun 2020.

Namun, mengikut laporan,  Arsenal merupakan satu-satunya pasukan yang akan disertai beliau (Nabil Fekir) andainya beliau bertindak meninggalkan Lyon.
If he leaves, it will be for Arsenal. It’s the only club that can enable him to progress, with Arsene Wenger. He will not go to Manchester City to sit on the bench. - Pendedahan ayah Nabil Fekir.
Me, I like the game, the beautiful game. The teams that are only in the duel do not interest me. That’s not football. - Nabil Fekir
Video Aksi Nabil Fekir


Post a Comment

Previous Post Next Post