Tumpukan Europa... abaikan liga?


Peluang Arsenal dalam merebut kejuaran liga dilihat sedikit sukar begitu juga persaingan dalam merebut tempat untuk berada di Top 4 pasukan teratas liga bagi menjamin tempat pada saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Bekas pemain skuad Invincible Arsenal, Sol Campbell luah pendapat beliau mengenai sasaran Arsenal.

Sol Campbell, 43 tahun.
Bekas pemain pertahanan Arsenal, Campbell mencadangkan dimana Arsenal harus menukar sasaran pada saingan liga kali ini dengan memberi perhatian lebih kepada saingan Liga Europa bagi merebut tempat ke saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

Cadangan beliau itu turut merujuk kepada bagaimana cara Manchester United menempatkan diri dikalangan pasukan elit dalam bersaing didalam Liga Juara-Juara musim ini.

Manchester United menamatkan saingan liga musim lalu ditangga keenam namun berjaya menjuarai Liga Europa yang seterusnya menafikan hak Arsenal (ditangga kelima liga) untuk bermain pada 'play off' UCL sekaligus memberi peluang kepada United beraksi di UCL musim ini.

Campbell meluahkan pendapat beliau itu dalam satu temuramah bersama ESPN dan beliau percaya bahawa Arsenal kini patut memberi perhatian kepada saingan Liga Europa bagi menjamin tempat didalam saingan UCL musim depan.
I think the main priority [for Arsenal] is to get back into Champions League … they need to get back into the big time. They might have to do it the Man United way — win the Europa League. Hopefully they can do that, but it’s not easy. - Sol Campbell.
Persaingan merebut tempat Top 4 liga ketika ini turut sukar buat Arsenal yang kini berada ditangga kelima liga selepas tewas 3-1 kepada Manchester United minggu lalu.

Namun disebalik kekalahan tersebut, Campbell tetap merasakan Arsenal telah berjaya mempamerkan aksi yang menarik dan bertenaga.
They’ve done pretty well overall. If they can build on that performance against Manchester United — but cut out the first 10 minutes — they’ll be OK. - Sol Campbell.
Pun begitu, Campbell tetap merasakan Arsenal perlu mencari beberapa pemain baru terutamanya pada bahagian pertahanan bagi memperkukuhkan skuad ini dalam mengharungi baki perlawanan liga dan Europa.

Post a Comment

Previous Post Next Post