Kisah sedih bekas pemain Arsenal, Emmanuel Eboue

Kredit gambar :  Philip Coburn/Daily Mirror

Bekas pemain Arsenal, Emmanuel Eboue satu ketika pernah menghiburkan peminat Arsenal baik ketika bersama pasukan Arsenal mahupun pasukan kebangsaan Ivory Coast ataupun mana-mana pasukan yang diwakilinya.



Namun disebalik sifat dan aksi melucukan beliau, terpalit kisah duka yang hampir menyebabkan beliau membunuh diri.

Beliau pernah membantu skuad kebangsaan Ivory Coast mara ke perlawanan akhir kejohanan Piala Afrika 2012. Walaupun tidak beraksi pada akhir kejohanan tersebut yang menyaksikan Zambia muncul juara apabila berjaya memenanginya melalui penentuan sepakan penalti yang berkesudahan 8-7 memihak kepada Zambia.

Tiga belas tahun dahulu beliau menyertai Arsenal dan sepanjang tujuh tahun beliau beraksi bersama Arsenal, beliau telah membuat jutaan pounds dan hidup dalam kemewahan.

Namun setelah meninggalkan Arsenal dan menyertai kelab Turki, Galatasaray pada tahun 2011, beliau masih mampu menjana pendapatan kira-kira £1.5juta setahun.

Kehidupan mewah beliau akhirnya tidak berpanjangan dan kisah sedih Emmanuel Eboue diceritakan dalam laporan yang dikeluarkan oleh Mirror, yang mana beliau kini hidup dalam kesusahan.

Beliau (34 tahun) sebelum ini pernah bertindak mahu membunuh diri namun  faktor keluarga banyak membantu beliau daripada meneruskan hasrat beliau itu (untuk membunuh diri).

The Sunday Mirror, melalui kempen Time To Change, menemubual bekas pemain Arsenal ini dalam kempen mereka yang telah dijalankan selama enam tahun dahulu bagi membantu mangsa berkaitan dengan kesihatan mental yang mana Eboue kini menderita penyakit tersebut.

Beliau (34 tahun) bercakap secara terbuka dan jujur ​​dalam usaha untuk membantu orang lain menangani serta melalui kesukaran yang sama bagi meneruskan kehidupan selain bermalam dirumah kawan serta menggunakan bas sebagai medium pengangkutan..

Melalui pendedahan Mirror itu, Eboue kini hidup dalam ketakutan dan kesusahan sehingga tidak mampu untuk membeli mesin basuh bagi mencuci pakaian beliau.

Eboue kini hidup dalam ketakutan akibat lari (menyembunyikan diri) daripada polis dan pihak berkuasa yang mencari beliau akibat arahan mahkamah dalam kes penceraian beliau yang mana beliau dikehendaki menyerahkan harta (rumah) kepada bekas isteri beliau.
I want God to help me. Only he can help take these thoughts from my mind. -  Emmanuel Eboue
Zaman kegemilangan dan kemewahan beliau berakhir dengan air mata duka yang menyaksikan beliau kini tidak lagi mampu beraksi atupun bermain bolasepak dan kehilangan segalanya dalam hidup beliau.
  • Kehilangan harta benda kepada kebas isteri beliau dalam penceraian.
  • Terpaksa bersembunyi daripada polis dan pihak berkuasa yang memaksa beliau untuk menyerahkan atau memindah milik rumah kepada bekas isteri beliau.
  • Tidak dapat menemui anak beliau semenjak bulan Jun.
  • Kehilangan datuk beliau, Amadou Bertin yang membesarkan beliau.
  • Kehilangan abang beliau N’Dri Serge, akibat kemalangan motosikal.
Sekarang sudah tiga minggu berlalu semenjak tarikh akhir bagi Eboue untuk menyerahkan pemilikan rumah di Utara London yang dimiliki beliau ketika bersama Aurelie (bekas isteri) dan hakim akan menandatangani pemindahan tersebut sekiranya Eboue tidak melakukannya.

Beliau kini hanya menunggu untuk masa untuk melihat harta beliau dirampas oleh pihak berkuasa namun beliau masih berharap mampu berjuang untuk mengekalkan harta yang dimiliki beliau sebagaimana dipetik daripada laporan Mirror.
I can’t afford the money to continue to have any lawyer or barrister.  I am in the house but I am scared. Because I don’t know what time the police will come. Sometimes I shut off the lights because I don’t want people to know that I am inside. I put everything behind the door. My own house. I suffered to buy my house but I am now scared. I am not going to sell my clothes or sell what I have. I will fight until the end because it is not fair. - Eboue
Menceritakan kembali kisah sedih beliau, yang mana beliau pada tahun 2016 dikenakan hukuman penggantungan daripada bermain bolasepak oleh FIFA sekaligus menghalang hasrat beliau untuk kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris menyertai Sunderland.

Hukuman penggantungan beliau oleh FIFA dikenakan ekoran kegagalan beliau membayar kepada bekas ejen beliau.

Dan dalam temuramah itu, beliau turut menjelaskan dimana beliau begitu naif dalam mengendalikan soal kewangan dan menyerahkan segalanya kepada bekas isteri beliau disamping menerima nasihat daripada mereka yang cuba mengambil kesempatan terhadap beliau.

Petikan temubual daripada Mirror yang mana beliau menasihati pemain muda Afrika supaya tidak mengulangi kesilapan beliau:

“I look back and say ­‘Emmanuel, you have been naive... why didn’t you think about that before?’ It is hard.

"Very, very hard. The money I earned, I sent it to my wife for our children.

“In Turkey I earned eight million euros. I sent seven million back home. Whatever she tells me to sign, I sign.

"She is my wife. The problems with FIFA were because of people advising me. People who are supposed to care. But it was because of them FIFA banned me.”

Beliau kini kehilangan segalanya (harta benda) kepada bekas isteri beliau setelah bercerai. Dan beliau kini banyak menerima bantuan daripada bekas pemain Portsmouth dan Newcastle, Lomana Lua Lua dan Yasmin Razak yang banyak membantu beliau.
When I see Thierry I feel happy for him but ashamed of my own situation. When I see friends on TV that I played with or against I say to myself ‘I should still be there’. It’s hard to watch them.
I continue to thank God. I have my life. I didn’t want what has happened. I don’t wish it on anybody.
Beliau turut berharap dapat bekerja bersama bekas kelab yang pernah diwakili beliau (Arsenal) atau dibawah Persatuan Pemain (PFA).
I would accept help from anywhere but if my previous club wants to help me then I would be very, very happy. Maybe I could help the young players? The PFA helped me when I had my problems with my agent. If they gave me a job, even if it wasn’t a big, big job. Maybe I’d see some of the people I played with or against and I’d feel embarrassed. But I would cope.
Semoga Arsenal dan Arsene Wenger dapat membantu beliau dalam menjalani kehidupan lebih baik dengan memberikan beliau peluang pekerjaan bersama kelab.

#COYG #WeAreTheArsenal


Post a Comment

Previous Post Next Post