Perpindahan Alexis Sanchez dan Mesut Ozil bakal cetus kekecohan buat Arsenal

Kehilangan Alexis Sanchez dan Mesut Ozil pada jendela perpindahan Januari ini bakal cetus kekecohan buat Arsenal menurut bekas Liverpool, Stan Collymore.

Menurut Stan Collymore, jika Arsenal melepaskan (menjual) dua pemain utama ini pada jendela perpindahan yang bakal dibuka pada Januari 2018 ini, ianya bakal mencetuskan suasana yang tidak harmoni dikalangan pemain Arsenal.



Sanchez dijangka bakal meninggalkan Arsenal untuk menyertai Manchester City yang mana pada jendela perpindahan dahulu (awal musim) City telah membuat tawaran dan dipersetujui Arsenal namun perpindahan tersebut tidak menjadi ekoran kegagalan Arsenal untuk mencari pengganti kekosongan yang bakal ditinggalkan Sanchez.

Dipercayai City bakal mencuba sekali lagi pada perpindahan Januari ini untuk mendapatkan Sanchez walaupun terdapat laporan dimana City sanggup menunggu hingga ke penghujung musim untuk mendapatkan Sanchez secara percuma.

Manakala Ozil pula dikaitkan dengan perpindahan ke  Manchester United.

Menurut Collymore yang dipetik daripada Daily Star, beliau menegaskan Arsenal patut mengekalkan dua pemain tersebut yang mana dilihat merupakan pilihan terbaik Arsenal ketika ini.
Arsene Wenger could perhaps let one of Alexis Sanchez or Mesut Ozil go in January, but I’d be tempted, if I were him, to keep both and let them go on a free in the summer if they want to. - Stan Collymore
Beliau turut menjelaskan bahawa Wenger ketika ini mempunyai pilihan untuk mengekalkan dan melepaskan mereka berdua pada penghujung musim secara percuma atau mengekalkan serta melepaskan salah seorang daripada mereka pada jendela perpindahan nanti.

Dan jika Arsenal berhasrat untuk mengekalkan mereka untuk tempoh lebih lama, Arsenal terlebih dahulu perlu menjamin tempat ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan selain memperkukuhkan skuad bagi memujuk mereka.

Namun menurut Collymore lagi, jika Arsenal melepaskan salah seorang atau kedua-dua pemain tersebut pada Januari nanti, suasana bilik persalinan Arsenal mungkin menimbulkan lebih banyak percakapan negatif yang tidak akan membantu skuad Arsenal ketika itu.
There would be all sorts of conversations in the dressing room, with a few mardy bums going, “The gaffer has gone mad here, he can’t let both of them go.
Stan Collymore
Stan Collymore, 46 tahun kini merupakan pundit dan menulis dibeberapa majalah serta akhbar di UK. Beliau sebelum ini pernah mencipta rekod perpindahan pemain Inggeris apabila menyertai Liverpool daripada Nottingham Forest dengan nilai perpindahan £8.5 juta pada tahun 1995.

Post a Comment

Previous Post Next Post