Magic Ozil


Selepas hangat dikaitkan dengan perpindahan dan kritikan mengenai prestasi beliau sebelum ini, aksi Ozil akhir-akhir ini mula mendapat perhatian peminat bolasepak terutamanya dalam beberapa aksi terbaru beliau bersama Arsenal.

Ketika menentang Spurs, beliau berjaya mempamerkan aksi yang begitu menakjubkan sehinggakan dapat dilihat dimana beliau turun ke bawah membantu barisan pertahanan memenangi bola, sesuatu yang jarang dilihat atau dipamerkan oleh Ozil.

Dan pada perlawanan tersebut beliau turut menyumbang satu bantuan gol ketika Mustafi menjaringkan gol pertama Arsenal diminit ke-36.



Pada aksi terbaru ketika menentang Huddersfield pula, sekali lagi beliau mencetuskan aksi magik sehinggakan mendapat pujian lagenda Arsenal,Ian Wright.

Wright kagum dengan jaringan yang dihasilkan Ozil ketika menentang Huddersfield.
Selain Wright yang memuji prestasi dan persembahan Ozil, Wenger turut sama memuji prestasi pemain tersebut dengan menyifatkan Ozil telah mempamerkan kebolehan beliau yang sememangnya ada pada pemain tersebut.

Pada aksi menentang Huddersfield, Ozil telah menghasilkan dua bantuan gol dan satu jaringan gol ketika membantu Arsenal mencapai kemenangan besar 5-0 pada perlawanan itu.

Namun yang menariknya serta menjadi perhatian adalah jaringan yang dihasilkan beliau. Gaya dan tendangan beliau dianggap unik dan penuh seni ketika menjaringkan gol tersebut.

Jaringan Ozil yang begitu menakjubkan.
"This finish that he does as well. It’s such a clever finish. He hits this into the ground – it’s a super finish," Wright said.

Bagitulah pujian yang diberikan oleh lagenda Arsenal mengenai jaringan Mesut Ozil ketika menentang Huddersfield.

Video jaringan Ozil yang dianggap unik.
Namun ini bukanlah kali pertama Ozil melakukan tindakan unik begini, beliau pernah melakukan hantaran dengan tendangan unik ini ketika bersama skuad kebangsaan Jerman sebelum ini. Lihat video dibawah.


Video lain aksi magik Ozil

Dan awal bagi nanti (jam 1.30 pagi - waktu Malaysia), Arsenal bakal menentang pasukan yang menghuni tangga kedua liga, Manchester United.

Post a Comment

Previous Post Next Post