Adakah Arsenal sedang menjalani persediaan bagi menghadapi saingan mendatang tanpa Arsene Wenger yang telah bersama kelab ini melebihi 20 tahun.

Wenger sebelum ini pernah menyatakan bahawa beliau akan meninggalkan Arsenal setelah skuad ini mempunyai pemain yang mantap baik, baik skuad utama mahupun skuad muda (skuad memiliki barisan pemain yang kukuh).

Dan pada penghujung musim lalu beliau telah menyambung kontrak bersama Arsenal buat tempoh dua tahun lagi dengan menegaskan bahawa komitmen beliau bersama Arsenal lebih besar daripada sebelum ini.

Jika sebelum ini Wenger tidak bersetuju dengan jawatan 'director of football' dan turut menjelaskan dimana beliau sendiri tidak memahami fungsi dan peranan jawatan tersebut, namun kemasukkan Raul Sanllehi yang pernah memegang jawatan  'director of football' bersama Barcelona mencetuskan sedikit tanda tanya dikalangan peminat Arsenal.



Adakah ini yang dimaksudkan Wenger dengan komitmen beliau terhadap kelab semakin berat berbanding sebelum ini?

Ketika peminat dan penyokong menantikan dan berharap akan kemasukan pemain baru bagi menguatkan skuad Arsenal, Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis ketika ini dilihat rancak memperkukuhkan barisan belakang tabir dengan dapat dilihat kemasukan beberapa individu penting dan ternama dunia menyertai Arsenal.

Barisan baru belakang tabir Arsenal

Raul Sanllehi - Head of football relations
Raul Sanllehi (kanan) dibawa masuk daripada Barcelona.
Kemasukan bekas 'supremo' Barcelona ini dilihat bakal mengembangkan pengaruh Arsenal  dalam dunia bolasepak memandangkan Sanllehi sememangnya terkenal dalam dunia perpindahan pemain ternama.

*supremo - seseorang yang mempunyai kemahiran dan pengaruh kuat dalam bidang tertentu.

Sanllehi merupakan individu yang bertanggungjawab dalam membawa masuk pemain ternama seperti Luis Suarez dan Neymar menyertai Barcelona.

Tidak dapat dinafikan bahawa beliau sememangnya memiliki kebolehan serta karisma disamping kehebatan komunikasi dan tahap profesional yang tinggi.

Bersama Arsenal beliau bakal mengetuai barisan staff dalam menjalankan urusan rundingan dan akan menjadi individu yang memastikan rundingan itu berjaya  bagi mendapatkan pemain baru yang bakal menyertai / dibawa masuk ke Arsenal sebagaimana kehendak Wenger (pemain yang dikehendaki Wenger).

Walaupun beliau tidak menjawat jawatan 'director of football' bersama Arsenal, namun tugas-tugas beliau adalah menyamai apa yang dilakukan beliau ketika bersama Barcelona.

Sanllehi bakal mengetuai struktur pemodenan dalaman Arsenal dan ini juga boleh memberi kesan kepada cara kerja Wenger yang mana kebanyakkan urusan sebelum ini dikendalikan Wenger.

Namun semuanya bergantung kepada bagaimana Arsenal menentukan had ataupun sempadan kerja diantara Wenger dan Sanllehi.

Sven Mislintat - Head of recruitment
Mislintat digelar dengan nama 'Diamond Eye'
Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab dalam mengesan bakat pemain dan membawa masuk Robert Lewandowski, Mats Hummels, Ousmane Dembele dan Pierre-Emerick Aubameyang ke Borussia Dortmund.

Merupakan nadi kepada 'bekalan' pemain berbakat buat Dortmund dan kemasukan beliau kedalam Arsenal dilihat satu kelebihan dan menguntungkan Arsenal kerana kebolehan beliau dalam mengenalpasti pemain berbakat untuk menjadikan pemain tersebut ke tahap 'world-class' sebagaimana dilakukan beliau bersama Dortmund sehinggakan mendapat jolokan 'Diamond Eye'.

Beliau juga merupakan pengganti kepada  ketua pemantau Arsenal (head scout) Steve Rowley dan bakal bekerja rapat bersama Wenger dengan keputusan akhir mengenai pemain yang bakal diambil ditentukan oleh Wenger. Walaupun sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan bahawa Mislintat bakal melaporkan tugasan beliau kepada Gazidis.

Mislintat juga bakal bekerja rapat bersama Sanllehi dalam membantu beliau mengenalpasti bakat-bakat baru yang dikehendaki oleh Wenger (pengurus pasukan).




Huss Fahmy - Contract negotiator

Bekas ketua undang-undang dan komersil (head of legal and commercial) basikal Team Sky ini turut memiliki pengalaman di firma undang-undang Antarabangsa, Herbert Smith. 

Dia telah dibawa masuk ke Arsenal pada awal tahun ini dan bertanggungjawab dalam soal rundingan kontrak pemain sedia ada mahupun pemain yang bakal menyertai Arsenal.

Kemasukkan beliau juga bagi menggantikan  Dick Law  yang mengendalikan hal kontrak pemain sebelum ini.

Kegagalan untuk menyambung kontrak Ozil dan Sanchez yang menyababkan situasi tidak selesa di kem Arsenal ketika ini mampu diatasi dengan kemasukkan Huss Fahmy ini.

Darren Burgess - Director of high performance

Pengambilan staff terawal musim ini dalam menyaksikan perubahan dalam barisan belakang tabir Arsenal adalah kemasukan Darren Burgess yang mana beliau sendiri dipilih oleh Wenger.

Beliau bertanggungjawab dalam soal kecergasan, perubatan psychology dan analisis pasukan, termasuklah skuad utama dan akademi Arsenal.

Burgess pernah bekerja bersama Liverpool selama dua tahun (sehingga Oktober 2012) dan sebelum menyertai Arsenal, beliau bertugas bersama pasukan Port Adelaid selaku 'head of high performance' yang bersaing didalam Liga Australia.

Bersama Port Adelaid, beliau merancang setiap aktiviti fizikal pasukan termasuklah persiapan dan pemakanan pra-musim yang turut dijangka dilakukan beliau bersama Arsenal.

Kesimpulan

Kemasukkan beberapa individu ternama ini dalam bidang kepakaran masing-masing dengan reputasi dan prestasi bertaraf dunia untuk bekerja disamping  Arsene Wenger dilihat satu perubahan secara berperingkat dalam mengubah cara kerja barisan belakang tabir Arsenal.

Dan kesediaan Wenger untuk menerima 'director of football' didalam struktur belakang tabir Arsenal dilihat sesuatu yang menarik kerana sebelum ini beliau begitu bertegas tidak mahu jawatan tersebut diwujudkan di Arsenal.

Namun ketika ini sudah tentu Wenger masih memainkan peranan penting dalam menentukan sebarang keputusan mengenai pengambilan pemain namun jika dilihat kepada jangkamasa panjang, ianya adalah persediaan Arsenal mengubah struktur dan cara kerja barisan belakang tabir Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post