Mesut Ozil dilaporkan minta kepastian Barcelona

Berita perpindahan melibatkan Assists King Arsenal, Mesut Ozil kini semakin hangat.

Menurut laporan Express Sport,  Ozil dilaporkan meminta kepastian daripada Barcelona sebelum beliau menandatangi kontrak bersama Manchester United.

Mesut Ozil ketika ini dikaitkan dengan dua kelab iaitu Manchester United dan juga Barcelona yang dikatakan berminat mendapatkan khidmat beliau jika rundingan pembaruan kontrak bersama Arsenal menemui kegagalan.

Difahamkan Manchester United dibawah kendalian Jose Mourinho mahukan Ozil bagi menggantikan tempat Henrikh Mkhitaryan.

Ozil dikatakan bakal menggantikan Mkhitaryan di United.
Manakala Barcelona pula dikatakan menghadapi masalah dalam mendapatkan pemain Liverpool, Philippe Coutinho dan menjadikan Ozil sebagai sasaran baru.

Kesukaran Barcelona mendapatkan Coutinho menjadikan Ozil sebagai sasaran baru mereka.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh media Sepanyol,  Mundo Deportivo sebagaimana dipetik daripada laporan Express, Ozil dikatakan telah menghubungi Barcelona bagi mendapatkan kepastian mengenai kebenaran kelab Sepanyol itu untuk mendapatkan beliau sebelum membuat sebarang keputusan bersama United.

Manchester United dilihat menjadi destinasi pilihan Ozil memandangkan beliau pernah bermain dibawah kendalian Jose ketika bersama Real Madrid dan masih mengekalkan hubungan baik diantara mereka berdua.

Ozil bagaimanapun tidak akan dilepaskan oleh Wenger pada jendela perpindahan Januari nanti dan kedua-dua kelab tersebut hanya mampu memiliki Ozil pada musim baru (2018/19) setelah berakhirnya kontrak bersama Arsenal.
Negotiations are always going on with everybody. Our door is always open. For the rest, I can not tell you much more.
Melainkan kedua-dua kelab ini membuat tawaran (bidaan) dan dipersetujui Arsenal bagi melepaskan Ozil pada Januari nanti.

Hanya tinggal kira-kira duan minggu lagi bagi kita semua mengetahui apakah nasib yang bakal menimpa Arsenal dan kemanakah hala tuju Ozil selepas ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post