Pasukan U18 Arsenal cemerlang untuk layak ke pusingan seterusnya setelah berjaya menewaskan Sheffield Wednesday 2-1 dalam aksi pusingan ketiga Piala FA Remaja 2017/18.


Xavier Amaechi mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya menjaringkan dua gol pada perlawanan ini.

Namun pujian juga harus diberikan kepada seorang lagi pemain muda Arsenal, Robbie Burton yang membantu beliau menghasilkan gol kedua Arsenal pada perlawanan ini.
Gol kedua jaringan Xavier Amaechi



Xavier Amaechi
Pemain sayap berbakat yang kebiasaan digunakan pada 'right flank', menyertai Arsenal pada usia 12 tahun.

Beliau membuat penampilan pertama bersama skuad U18 Arsenal pada musim 2015/16 ketika membantu Arsenal menewaskan Liverpool U18 4-1 selain berjaya menghasilkan satu bantuan gol pada perlawanan tersebut.

Biodata Ringkas:

  • Nama: Xavier Amaechi
  • Warganegara: English/Nigerian
  • Tarikh lahir: 05.01.2001


Rekod musim 2017/18

Saingan Penampilan Gol Assists Gol per minit Masa beraksi
U18 Premier League 3 3 - 71 213
Premier League 2 1 - - - 3


Post a Comment

Previous Post Next Post