Ozil pastikan 3 mata buat Arsenal


Jaringan Mesut Ozil pada minit ke-23 sudah memadai buat Arsenal untuk mengutip tiga mata berharga pada perlawanan menentang Newcastle malam tadi (16 Disember 2017).

Arsenal yang turun dengan formasi sama dengan 4-2-3-1 sebagaimana perlawanan sebelum ini (menentang West Ham), juga menguasai perlawanan dengan peratusan yang hampir sama dalam perlawanan kali ini.



Formasi Arsenal menentang Newcastle.
Statistik Perlawanan West Ham vs Arsenal.

Statistik Perlawanan Arsenal vs Newcastle.
Begitu juga dari segi percubaan yang dibuat oleh Arsenal pada perlawanan ini. Ianya hampir sama dengan jumlah percubaan yang dilakukan ketika menentang West Ham, cuma dibezakan dengan kelebihan satu percubaan dan satu jaringan.


Statistik percubaan perlawanan West Ham vs Arsenal.

Statistik percubaan perlawanan Arsenal vs Newcastle.

Wilshere dalam dua perlawanan ini tidak keterlaluan untuk penulis menyifatkan beliau mampu mempamerkan aksi yang cukup cemerlang. 

Cuma prestasi Xhaka dan Sanchez amat mengecewakan (tanpa perlu mengulas lanjut) dan semua penyokong boleh melihat aksi mereka berdua pada perlawanan ini sedikit merosot.

Namun yang paling mencuri perhatian adalah bintang muda Arsenal, Maitland-Niles.


Rekod penampilan beliau musim ini:

Saingan Penampilan Gol Assists LM LB CB RM CM Minit Beraksi
Europa League 6 - - 5 1 - - - 540'
Premier League 2 4 - 1 - - 1 1 2 360'
Premier League 3 - - - 2 1 180'
EFL Cup 2 - - 2 - 160'
LM = Left Midfielder, LB = Left Back, CB =Centre Back, RM= Right Midfilder, CM= Centre Midfielder

“I believe he’s the future. He can play left back, right back and central midfield. He’s very quick and makes very quick recovery runs too.” - Arsene Wenger on Maitland-Niles.

Keputusan 1-0 ini walaupun tidaklah begitu menyakinkan namun sekurang-kurangnya Arsenal mampu bangkit daripada keputusan perlawanan sebelum ini yang hanya mampu mencatatkan dua keputusan seri (saingan liga) selepas tewask kepada Manchester United 1-3.

Highlights perlawanan.



Post a Comment

Previous Post Next Post