Wenger sahkan rundingan kontrak Wilshere

Wenger sahkan rundingan kontrak Wilshere semakin hampir.

Kontrak pemain ini, Jack Wilshere bakal berakhir dipenghujung musim ini namun peluang beliau untuk kekal bersama Arsenal masih terbuka.



Arsenal kemungkinan kehilangan khidmat pemain tengah ini jika Wilshere (25 tahun) menandatangani pra-kontrak bersama pasukan lain Januari nanti memandangkan jendela perpindahan bakal dibuka dan pemain tersebut dibenarkan untuk berbuat demikian.

Wilshere sebelum ini mendedahkan dimana rundingan kontrak beliau masih belum dibuat walaupun beliau telah menegaskan bahawa mahu kekal dan bersama Arsenal yang menjadi satu-satunya kelab yang ingin diwakilinya.

Walaupun terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa rundingan kontrak Wilshere masih belum dibuat setakat ini dan ia sememangnya benar bahawa tiada tawaran masih dibuat namun peluang beliau untuk kekal masih ada.

Ini kerana menurut laporan FFT, pengurus Arsenal iaitu Arsene Wenger telah mengesahkan bahawa rundingan mengenai pembaruan kontrak beliau bakal dimulakan sebelum berakhirnya bulan ini (Disember 2017).

Beliau (Wilshere) yang kali pertama membarisi skuad utama Arsenal dalam aksi liga musim ini dalam perlawanan menentang West Ham yang berkesudahan seri tanpa jaringan (0-0).

Dan aksi beliau mendapat pujian daripada Wenger yang menyifatkan prestasi Wilshere semakin menyerlah dan berbisa ketika mengemudi dibarisan tengah Arsenal setelah ketiadaan Ramsey akibat kecederaan.

Ketika menjawab soalan yang diutarakan oleh wartawan mengenai peluang Wilshere bersama Arsenal, beliau menjawab  "Itu sudah pasti".

"Ya, kami akan berbincang dan berunding bersama beliau dan saya menjangkakan dipenghujung Disember ini"

"Dan kita baru sahaja memasuki bulan Disember, jadi rundingan itu semakin hampir"

"Saya mahu melihat bagaimana beliau mampu menyumbang kepada pasukan dan bagaimana tahap kecergasan beliau (fizikal)"

#COYG #WeAreTheArsenal #SuperbJack


Post a Comment

Previous Post Next Post