Perkembangan terkini Arsenal.

Tawaran £35juta Arsenal ditolak dan perkembangan Sanchez, Wilshere, Giroud dan Ozil.

Laporan Express, mendedahkan perkembangan terkini status pemain-pemain Arsenal yang kini dikatakan dalam rundingan penyambungan kontrak dan tawaran Arsenal untuk mendapatkan pertahanan Juventus yang ditolak.



Wilshere


Menurut laporan tersebut, kedudukan kewangan Arsenal bakal menjadi penentu masa depan Wilshere sama ada pemain ini bakal menandatangani kontrak baru atau tidak bersama Arsenal.

Namun Wenger menegaskan bahawa akan berbincang dan berunding bersama Wilshere mengenai kontrak baru pemain ini.
I believe if he can meet a point of agreement financially, he will want to stay.
Sementara itu, bekas pemain tengah England, Ray Wilkins percaya Jack Wilshere sepatutnya meninggalkan Arsenal bagi mencari tempat dalam skuad kebangsaan England dalam menghadapi Kejohanan Piala Dunia nanti.

Walaupun Wilshere kini sudah mampu beraksi dan pulih sepenuh namun Wilkins menjelaskan bahawa Wilshere ketika ini masih gagal untuk membarisi skuad utama Arsenal yang seterusnya menghalang peluang pemain itu untuk mewakili England.
With the World Cup coming up at the end of the season I’d be looking to get away because I’d want to be considered for the World Cup. - Wilkins told Sky Sports.

Sanchez


Wenger masih berharap Alexis Sanchez akan kekal bersama Arsenal pada Januari nanti dan menjelaskan bahawa setakat ini masih tiada tawaran diterima dari mana-mana pasukan yang berminat mendapatkan pemain kebangsaan Chilea ini.
We have not been approached by anyone. Other than that I stand by what I have said before. In the transfer window I will be busy. Clubs will contact us to buy and loan players and I will be open to any possibilities to strengthen our team. - Wenger.

Giroud 


Mengenai perpindahan Giroud yang dikaitkan dengan Everton serta dakwaan yang mengatakan isteri pemain tersebut menghalang perpindahan Giroud ke Everton, Wenger menafikan khabar angin dan laporan tersebut.

Sebelum ini, terdapat laporan yang mengatakan bahawa pengurus Everton, Sam Allardyce mendakwa  Jennifer Giroud  menjadi punca kegagalan beliau untuk mendapatkan Giroud.
No, I don’t think so. He could have joined Everton and stayed basically in London. I don’t think that was the problem. - Wenger.

Tawaran mendapatkan Benatia ditolak


Menurut laporan Sky Sports Italia, Juventus telah menolak tawaran berjumlah £35 juta daripada Arsenal bagi mendapatkan permain pertahanan tengah kelab Itali tersebut.

Benatia menyertai Juventus pada musim ini secara tetap selepas menghabiskan satu musim (musim lalu) secara pinjaman daripada Bayern Munich.

Pada awal bulan lalu, Wenger pernah mengatakan bahawa beliau mahu mencari pemain bagi memperkukuhkan skuad beliau dan pemain kebangsaan Maghribi ini dikatakan menjadi sasaran utama Wenger.
If we can find some additions to strengthen our squad we will do it. - Wenger.

Ozil


Barcelona dilaporkan sedia membawa Mesut Ozil menyertai mereka pada Januari nanti menurut laporan media tempatan Sepanyol, Marca.

Dan gergasi Sepanyol itu yakin bahawa mereka mampu mendapatkan Ozil pada harga yang lebih rendah.

Jendela perpindahan Januari


Dan terakhir, Wenger mahu jendala perpindahan bulan Januari dibatalkan.
I would scrap the transfer window in January, completely cut it off. The players today are very well paid, they make a lot of money. What you want in return is commitment to the club for the whole season. I think that’s absolutely vital. I think you should not be able to move once the season has started until the end of the season. - Wenger.

Post a Comment

Previous Post Next Post