Wenger bidas Mourinho.


Arsene Wenger ingatkan Jose Mourinho bahawa Arsenal kekurangan faktor kewangan untuk tempoh 21 tahun.

Walaupun Manchester United disenaraikan oleh Deloitte awal tahun ini sebagai kelab bolasepak terkaya didunia dan dana perpindahan yang tinggi diberikan bagi pembelian pemain namun pengurus mereka, Jose Mourinho mendakwa £300 juta yang telah dibelanjakan beliau masih tidak mencukupi.



Mourinho sebelum ini telah membawa masuk dua pemain dengan nilai perpindahan tertinggi dalam rekod bolasepak Inggeris apabila menandatangani Paul Pogba dan Romelu Lukaku.

Dan pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengingatkan Jose Mourinho bahawa beliau telah 21 tahun bersama Arsenal yang mana faktor kewangan menyebabkan pasukan kendalian beliau menghadapi satu kekurangan dalam mendapatkan pemain ternama.

Mourinho, yang juga pengurus Chelsea pada awal zaman Roman Abramovich menjadi pemilik kelab itu, pernah mengatakan bahawa Arsenal 'tidak mempunyai tanggungjawab' untuk memenangi Liga Perdana.

Manakala Wenger hari ini diminta memberi respon terhadap kenyataan Mourinho mengenai kekurangan kewangan United menjadi penghalang dalam memecah ataupun menyaingi dominasi Manchester City.

City musim ini dan musim lalu dibawah kendalian Pep Guardiola telah membelanjakan hampir £300juta bagi memantapkan skuad mereka dan ini jelas menimbulkan rasa ketidakpuasan hati Mourinho yang menyifatkan kekurangan kewangan United menyebabkan pasukan beliau gagal menyaingi City.

Berikut adalah rekod perbelanjan kedua-dua pengurus (Mourinho dan Guardiola):

Manchester United Manchester City
2016-17 - Total net spend = £99.22 juta 2016-17- Total net spend = £145.15 juta
Belian Jualan Belian Jualan
£145.3 juta £46.08juta £167.15juta £22juta
Eric Bailly - £30j
Henrikh Mkhitaryan - £26.3j
Paul Pogba - £89j
Paddy McNair dan Donald Love - jumlah £5.5j
Tyler Blackett - £1.6j
Will Keane - £1j
James Weir - £180,000
Morgan Schneiderlin - £24j
Memphis Depay - £13.8j
Ilkay Gundogan - £20j
Nolito - £13.8j
Oleksandr Zinchenko - £1.7j
Leroy Sane - £37j
Marlos Moreno - £4.75j
John Stones - £47.5j
Claudio Bravo - £15.4j
Gabriel Jesus - £27j
Edin Dzeko - £10.8j
Stevan Jovetic - £12.2j
Seko Fofana - £3.8j
Florian Lejeune - £1.2j
2017-18 - Total net spend = £138.3 juta 2017-18 - Total net spend = £142.05 juta
Belian Jualan Belian Jualan
£146 juta £7.7juta £198.7 juta £56.65 juta
Victor Lindelof - £31j
Romelu Lukaku - £75j
Nemanja Matic - £40j
Adnan Januzaj - £7.7j
Guillermo Varela - tidak didedahkan
Bernardo Silva - £43j
Ederson - £34.9j
Kyle Walker - £45j
Danilo - £26.5j
Benjamin Mendy - £49.3j
Nolito - £7.65j
Aleksandar Kolarov - £5.25j
Kelechi Iheanacho - £25j
Fernando - £4.75j
Samir Nasri - £2j
Wilfried Bony - £12j
Jumlah Belian : £291.3 juta Jumlah jualan : £53.78 juta Jumlah Belian : £365.85 juta Jumlah jualan : £78.65 juta
Jumlah perbelanjaan bersih : £237.52 juta Jumlah perbelanjaan bersih : £287.2 juta
Sumber data : Talksport

Menurut Wenger yang membidas kenyataan Mourinho yang mengatakan kekurangan kewangan merupakan mengapa kelab kendalian beliau (Mourinho) gagal menyaingi kehebatan City, menjelaskan bahawa seseorang pengurus itu haruslah bijak mengendalikan situasi kelab serta mencari jalan terbaik bagi mencapai kejayaan.
I have been in that position for 21 years so I will not start to complain now. I have always had one team at least – sometimes four – who were richer than I was, so I learned to cope with that and deal with that. What is most important is that you deal with your own situation as well as you can and, yes, Manchester City are richer than us and, yes, Chelsea is richer than us and, yes, Manchester United are richer than us. But I still believe we have to find a way to be successful. - Wenger.
Walaupun 21 tahun Arsenal mengalami faktor kewangan (kekurangan dana dalam membeli pemain), namun kelab tetap berjaya memberi saingan didalam liga serta menempatkan diri dikalangan kelompok terbaik liga.

Post a Comment

Previous Post Next Post