Post Match: Crystal Palace 2-3 Arsenal

Musim lalu, Arsenal dibelasah 3-0 di Selhurst Park pada perlawanan liga dan perlawanan kali ini dijangka berlangsung lebih sengit memandangkan Arsenal dilihat bergelut untuk mencari kemenangan selain prestasi tidak menentu ketika ini.



Dan kemenangan 3-2 Arsenal kali ini memeranjatkan bekas pemain Arsenal, Thierry Henry yang kini menjadi pundit dan juga pembantu kedua kepada pengurus pasukan kebangsaan Belgium, Roberto Martínez.

Menurut pendedahan Express,  lagenda Arsenal ini terkejut apabila Arsenal begitu mudah memperolehi gol pertama dan mendominasi separuh masa pertama perlawanan.

Mustafi menjaringkan gol pertama Arsenal pada minit ke-25 selepas kekalutan didepan gol Crystal Palace yang berpunca sepakan percuma yang diambil oleh Ozil sebelum Lacazette membuat hantaran didepan gol lawan yang disudahkan dengan baik oleh Mustafi.

 Gol Pertama Arsenal - Mustafi
Memetik kenyataan Henry kepada Sky Sports, beliau turut menjangkakan bahawa Crystal Palace memberi tekanan dan menyukarkan tugas Arsenal untuk memenangi perlawanan ini.
I didn’t expect that from Palace. I said at the beginning of the game that you have to match what they have to offer and then elevate your game to what you can do. But I don’t even think they’ve had to elevate their game today, Arsenal. It’s just too easy, too easy for them to pass the ball around. - Thierry Henry
Dan gol pertama serta dominasi Arsenal pada separuh masa pertama amat mengejutkan beliau.
(I expected Arsenal to score but) not maybe the way they scored it, I thought they may have scored it in a more clearer way if I can so. But you have to question (Julian) Speroni there, can he block the ball?. Where he’s a bit unfortunate is that he pushes the ball away but then the ball goes into the path of Mustafi and he finishes the ball well. I really thought they were going to have a go, a real go, at least make it difficult. - Thierry Henry
Arsenal yang kembali dengan tiga pemain pertahanan dan menurunkan Kolasinac pada bahagian pertahanan sayap kiri (Left Wing Back) manakala Calum Chambers bergandingan bersama Mustafi dan Koscielny pada barisan pertahanan dalam membentuk formasi 3-4-2-1.


Namun sedikit kelekaan pada separuh masa kedua dihukum oleh pemain Crystal Palace, Andros Townsend yang bijak menyempurnakan peluang untuk mengikat kedudukan 1-1.

Lima pemain Arsenal gagal mengawal Townsend yang bijak mencari ruang untuk menyempurnakan hantaran daripada Zaha.
Terikat 1-1 sama, Arsenal menggandakan asakan dan hasilnya pada minit ke-62, Sanchez berjaya meletakan Arsenal kembali didepan setelah kesilapan Christian Benteke memberi peluang buat Arsenal untuk mengasak gawang Crystal Palace.


Dan Sanchez yang menerima bola daripada Lacazette, melepaskan satu rembatan padu untuk menewaskan penjaga gol Crystal Palace, Speroni untuk kedudukan menjadi 2-1.

Empat minit kemudian, Sanchez sekali lagi berjaya menjaringkan gol untuk menjadikan Arsenal selesa mendahului 3-1 setelah menerima hantaran cantik daripada Wilshere sebelum menewaskan tiga pemain pertahanan Crystal Palace untuk penyudah gol ketiga Arsenal.

Seakan selesa dengan mendahului 3-1, Arsenal melakukan pertukaran dengan mengeluarkan penyerang termahal Arsenal, Alexandre Lacazette dan digantikan dengan Francis Coquelin pada minit ke-75 untuk memperkukuhkan barisan pertahanan.

Dan pada minit-87, Arsenal sekali lagi melakukan pertukaran dengan memasukkan pemain muda, Ainsley Maitland-Niles menggantikan Granit Xhaka.

Tindakan Arsenal untuk bermain secara bertahan mengundang padah apabila Crystal Palace berjaya merapatkan jurang dengan gol kedua mereka pada minit ke-89 melalui James Tomkins.


Gol berpunca daripada sepakan penjuru yang diambil oleh Andros Townsend untuk Tomkins menanduk masuk gol kedua Crystal Palace menewaskan Petr Cech.

Statistik Perlawanan

 

 Statistik Percubaan


Perlawanan Arsenal seterusnya.

Waktu Malaysia.


Post a Comment

Previous Post Next Post