Sudut perbincangan: Perkembangan pemain-pemain Arsenal menjelang jendela perpindahan.

Menjelang jendela perpindahan pada bulan Januari nanti yang hanya tinggal dua hari sahaja lagi, siapakah pemain yang bakal dibawa masuk oleh Arsene Wenger kali ini dan siapakah yang bakal dilepaskan oleh Arsenal.

Teka-teki mengenai siapakah pemain yang bakal dibawa masuk oleh Wenger kadang-kadang membuatkan kita selaku peminat dan penyokong menjadi sedikit rimas.

Seringkali kita tidak dapat mengagak siapakah pemain tersebut, dalam erti kata lain penuh dengan kejutan (sama ada gembira ataupun bersedih).


Setakat ini, Wenger hanya membelanjakan £52.6 juta (£46.5 juta + £6.1 bonus) apabila membawa Lacazette manakala Kolansinac pula berjaya ditandatangani secara percuma musim ini. Dan jumlah tersebut hanya suku daripada £200 juta yang dilaporkan menjadi peruntukan Arsenal bagi perpindahan dan pembelian musim 2017/18.

Bercakap mengenai rumors pemain yang dikaitkan dengan Arsenal, berikut adalah sebahagian daripada komen pembaca MyGooners pada 19 Disember lalu rata-rata memilih Nabil Fekir dan Draxler serta beberapa pemain lain.


Dan Arsene Wenger sendiri mengakui bahawa beliau menjangkakan Arsenal bakal sibuk menjelang jendela perpindahan nanti.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada sibuk membeli atau menjual mahupun melepaskan pemain secara pinjaman.

Pada musim lalu, Arsenal melepaskan tiga pemain muda secara pinjaman  pada jendela perpindahan kedua iaitu Januari dengan menyaksikan pemain seperti berikut dipinjamkan:

2016/17 - Loan Out
Bil. Pemain Dipinjamkan kepada
1 Matt Macey - Goal Keeper Luton Town - League Two
2 Krystian Bielik - Centre-Back Birmingham - Championship
3 Chuba Akpom - Centre-Forward Brighton - Championship



Dan pada jendela kali ini ( Januari 2018), adakah kita bakal melihat pemain-pemain muda berbakat Arsenal dipinjamkan?

Ainsley Maitland-Niles, Eddie Nketiah, Rob Holding, Joe Willock, Ben Sheaf dan juga Josh Dasilva antara pemain muda berbakat Arsenal ketika ini yang mana ada diantara mereka pernah diturunkan dalam aksi bersama skuad utama Arsenal.

Namun melihat kepada perkembangan semasa, adalah amat sukar buat mereka untuk membarisi skuad utama Arsenal ketika ini mahupun membuat penampilan sebagai pemain gantian.

Ainsley Maitland-Niles, mungkin tidak akan dilepaskan (secara pinjaman) memandangkan beliau menjadi pilihan Wenger ketika menggunakan formasi empat pemain pertahanan dan perkembangan ini dilihat sesuatu yang positif bagi pemain muda ini.

Manakala seorang lagi pemain muda yang sering diberi peluang oleh Wenger adalah Reiss Nelson dan peluang beliau untuk dilepaskan secara pinjaman juga agak tipis memandangkan prestasi beliau boleh dikatakan cemerlang bersama skuad senior Arsenal dalam beberapa penampilan setakat ini.

Dan mungkin beliau mampu mengisi kekosongan Theo Walcott andai kata pemain tersebut dilepaskan pada Januari nanti.


Eddie Nketiah setakat ini masih belum membuat sebarang penampilan didalam aksi liga namun telah membuat empat kali penampilan dalam saingan Liga Europa.

Penampilan didalam saingan Piala EFL - Carabao Cup walaupun hanya sekali, namun pemain ini telah berjaya menjaringkan dua gol didalam aksi beliau yang hanya bermain 35 minit. Dan didalam Premier League 2, beliau telah menjaringkan empat gol dalam sembilan penampilan.

Pun begitu, pengurus Charlton, Karl Robinson pernah menyuarakan hasrat dan meminati pemain dan mungkin cuba mandapatkan pemain ini secara pinjaman pada Januari nanti sebagaimana laporan The Charlton Athletic Supporters' Trust.

Seorang lagi pemain muda yang mungkin bakal dipinjamkan adalah pemain pertahanan berusia 22 tahun, Rob Holding.

Holding setakat ini lebih banyak digunakan dalam saingan Liga Europa dengan membuat enam penampilan berbanding lima dalam saingan Liga Perdana.

Walaupun pernah mencuri perhatian peminat dengan aksi cemerlang beliau pada musim lalu, namun pada musim ini beliau jarang diturunkan Wenger dalam aksi liga dan kemungkinan peluang beliau untuk dipinjamkan agak tinggi.

Manakala Joe Willock, Ben Sheaf dan Josh Dasilva juga kemungkinan dipinjamkan walaupun mereka bertiga pernah beraksi dalam kesebelasan utama Arsenal bagi saingan League Cup.

Dengan League Cup kini memasuki peringkat separuh akhir dan Arsenal bakal menentang Chelsea pada 11 Januari nanti (perlawanan pertama) boleh dikatakan Wenger mungkin menurunkan barisan skuad senior yang lebih berpengalaman.

Dan peluang mereka untuk beraksi mungkin agak tipis.


Pinjaman

Senario meminjamkan pemain muda ke kelab lain bukan bermaksud mereka tidak diperlukan, namun ianya lebih kepada memberi peluang kepada pemain-pemain ini untuk beraksi lebih banyak memandangkan kesukaran untuk digunakan atau diturunkan dalam skuad utama selain memberikan pendedahan kepada mereka.

Namun senario ini juga mungkin tidak menguntung pemain itu sendiri jika mereka tidak diturunkan atau jarang digunakan ketika bersama kelab yang meminjam mereka.

Sebagai contoh, Marc Bola setakat ini hanya membuat enam penampilan bersama Bristol Rovers semenjak menyertai kelab tersebut (secara pinjaman) awal musim ini.

Marc Bola
Begitu juga dengan Cohen Bramall yang dipinjamkan kepada Birmingham City yang hanya baru membuat tiga penampilan bersama kelab tersebut semenjak dipinjamkan pada 21 August 2017 lalu.

 Cohen Bramall
Ketika ini boleh dikatakan hanya Stephy Mavididi berjaya bersama dengan kelab yang meminjam beliau iaitu Preston North End yang beraksi dalam saingan Championship.

Beliau setakat ini telah membuat 11 penampilan bersama kelab tersebut bagi kesemua kejohanan.
Stephy Mavididi


Jika melihat kepada perkembangan ini, mungkin lebih baik mereka (pemain muda dipinjamkan) ini berada (kekal) bersama Arsenal dan sudah pasti peluang untuk beraksi lebih tinggi - Premier League 2.

Apa-apa pun kami di MyGooners tetap mendoakan terbaik buat pemain-pemain ini baik dipinjamkan mahupun kekal bersama Arsenal.

#COYG #WeAreTheArsenal

Post a Comment

Previous Post Next Post