Prestasi 9 pemain dipinjamkan Arsenal

Sembilan pemain Arsenal telah dipinjamkan kepada beberapa kelab Eropah dan juga kelab Inggeris bagi musim ini (2017/18).

Bagaimanakah perkembangan dan prestasi kesemua sembilan pemain ini bersama pasukan masing-masing setakat ini.


Berikut kami bawakan rekod mereka setakat ini.

1. Damian Martinez

Penjaga gol kelahiran Argentina berusia 25 tahun ini menyertai Getafe sebelum jendela perpindahan lalu ditutup secara pinjaman. Beliau menyertai kelab Sepanyol ini untuk tempoh satu musim.

Pernah menjadi pilihan ketiga (penjaga gol) Arsenal dibelakang Cech dan Ospina, beliau pada siri jelajah pra musim Arsenal baru-baru ini telah mempamerkan aksi cemerlang dengan menyelamatkan sepakan penalti (penentuan sepakan penalti) ketika bertemu Bayern Munich bagi mengesahkan kemenangan Arsenal 3-2.

Namun bersama Getafe, beliau masih gagal untuk menyakinkan pengurus pasukan untuk menjadi penjaga gol Nombor 1 pasukan itu dengan Vicente Panadero masih menjadi pilihan utama.

Beliau setakat ini hanya membuat dua penampilan bersama kelab tersebut iaitu dalam saingan Copa Del Rey.

Saingan Penampilan Kad Kuning Kad Merah Bolos Clean Sheets Minit beraksi
Copa del Rey 2 - - 4 - 180'
LaLiga - - - - - -




2. Lucas Perez

Kecewa dengan peluang beraksi bersama Arsenal yang begitu terhad, beliau kemudian-nya dilaporkan ingin berhijrah (dilepaskan) namun akhirnya kembali kepada kelab asal beliau sebelum menyertai Arsenal, Deportivo La Coruna secara pinjaman.

Perez (29 tahun) tidak menyertai skuad Arsenal dalam siri jelajah 2017 (pra musim) boleh dikatakan berjaya mempamerkan aksi cemerlang bersama Deportivo dengan menjaringkan lima gol daripada 14 penampilan setakat ini.

Saingan Penampilan Gol dijaringkan Bantuan gol dihasilkan Kad Kuning Kad Merah Minit Beraksi
LaLiga 12 4 1 1 - 840'
Copa del Rey 2 1 2 - - 162'
Jumlah 14 5 3 1 1002'

3. Takuma Asano

Penyerang Jepun berusia 23 tahun dibawa masuk menyertai Arsenal pada Julai 2016. Beliau gagal mendapatkan permit kerja dan kemudian-nya dipinjamkan kepada kelab Jerman, Vfb Stuttgart.

Memasuki dua musim bersama kelab Jerman ini, prestasi Asano musim ini kurang berbisa jika dibandingkan dengan Perez.

Walaupun telah membuat 14 penampilan bagi musim ini, beliau hanya mampu menjaringkan satu gol serta satu bantuan gol berjaya dihasilkan beliau setakat ini.

Pun begitu, beliau dilihat cukup konsisten bersama kelab tersebut dengan 12 penampilan beliau adalah bagi saingan liga, tujuh kali bermula dalam kesebelasan utama Stuttgart.

Musim Saingan Penampilan Gol dijaringkan Bantuan gol dihasilkan Kad Kuning Kad Merah Minit Beraksi
2016/17 2.Bundesliga 26 4 4 - - 1679'
2016/17 DFB-Pokal 1 - - - - 68'
Jumlah 27 4 4 - - 1747'
2017/18 1.Bundesliga 12 1 - 1 - 641'
2017/18 DFB-Pokal 2 - 1 - - 145'
Jumlah 14 1 1 1 786'


4. Joel Campbell

Pemain Arsenal yang dipinjamkan setelah gagal mendapatkan permit kerja namun setelah berjaya memperolehi permit pada tahun 2013, beliau tetap dipinjamkan kepada kelab lain.

Menyertai Arsenal pada tahun 2011, beliau setakat ini telah membuat 40 penampilan bersama Arsenal dengan empat gol dan  enam bantuan gol berjaya dihasilkan beliau dalam kesemua saingan bersama Arsenal.

Musim ini beliau bersama Real Betis sekali lagi setelah menyertai kelab Sepanyol ini pada musim 2012-13.

Berikut rekod beliau bagi musim 2017/18 setakat ini.
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol kad Kuning Kad Merah Minit Beraksi
LaLiga 3 1 1 - - 89'
Copa del Rey 1 - - - - 23

Rekod sepanjang karier 

Kelab Penampilan Gol Dijaringkan Bantuan Gol Kad Kuning Kad Merah Minit Beraksi
Olympiacos Piraeus 43 11 11 4 - 3.185'
Arsenal FC 40 4 6 3 - 1.920'
Real Betis Balompié 37 3 4 7 1 2.001'
Sporting CP 29 3 4 6 - 1.246'
FC Lorient 27 4 3 4 - 1.222'
Villarreal CF 22 1 - 4 - 1.435'
Puntarenas FC 5 - - 1 - 295'
Deportivo Saprissa 4 - - - - 125'
Arsenal FC U23 2 - 1 - - 172'
Jumlah 209 26 29 29 1 11601'

Prestasi dan penampilan beliau sedikit terganggu apabila mengalami kecederaan pada Februari  2016 dan terlepas tiga aksi bersama Sporting CP.

Dan menjelang musim 2017/18 beliau sekali lagi mengalami kecederaan yang memaksa beliau berehat selama 87 hari. Beliau juga terlepas aksi bersama Real Betis pada musim ini sebanyak lima perlawanan akibat mengalami kecederaan pada Oktober 2017.

Kontrak beliau bersama Arsenal bakal berakhir pada penghujung musim ini (30.06.2018)


5. Carl Jenkinson

Pertahanan kanan Arsenal yang menyertai Birmingham bersama seorang lagi pemain Arsenal, Cohen Bramall secara pinjaman musim ini.

Beliau (25 tahun) setakat ini baru membuat satu penampilan bersama pasukan itu dan ketiadaan pengurus yang membawa beliau masuk (dipecat), Harry Redknapp menyukarkan lagi peluang beliau untuk beraksi.

Ditambah dengan kecederaan yang dialami (terseliuh bahu) beliau ketika beraksi (satu-satunya aksi bersama Birmingham - 32 minit) menentang Reading.

6.Cohen Bramall

Pemain pertahahan kiri berusia 21 tahun yang dipinjamkan  kepada Birmingham bersama Jenkinson, Bramall masih belum mampu mempamerkan aksi sebenar beliau bersama kelab tersebut.

Beliau setakat ini baru sekali membuat penambilan bersama  Birmingham.

7. Stephy Mavididi

Penyerang muda Arsenal yang berusia 19 tahun masih gagal menjaringkan gol bersama kelab  Preston North End yang disertai beliau secara pinjaman pada Ogos 2017.

Setakat ini beliau telah membuat 10 penampilan dengan aksi selama 365minit secara keseluruhan-nya.

Walaupun masih gagal menjaringkan gol bersama Preston, namun beliau telah berjaya menjaringkan dua gol ketika bersama skuad U20 England pada perlawanan menentang U20 Czech yang berkesudahan England U20 menang 4-0.

8. Marc Bola

Pemain pertahanan kiri Arsenal berusia 19 tahun menyertai Bristol Rovers musim ini secara pinjaman setelah menghabis musim lalu bersama Notts County, juga secara pinjaman.

Bersama Bristol Rovers beliau telah membuat enam kali penampilan serta satu bantuan gol dihasilkan beliau.

Boleh dikatakan beliau ketika ini sedang menimba pengalaman dan aksi yang memberangsangkan bersama Bristol Rovers.

9. Kelechi Nwakali

Pemain penyerang tengah Arsenal berusia 19 tahun kelahiran Nigeria ini menyertai VVV Venlo, sebuah kelab di Liga Belanda.

Beliau telah membuat 10 penampilan bersama kelab tersebut dengan satu gol dan satu bantuan gol berjaya dihasilkan beliau.

Ringkasan.

Bil Nama Pemain Kelab dipinjamkan Jumlah Penampilan
1 Damian Martinez Getafe 2
2 Lucas Perez Deportivo 14
3 Takuma Asano Stuttgart 14
4 Joel Campbell Real Betis 4
5 Carl Jenkinson Birmingham 1
6 Cohen Bramall Birmingham 1
7 Stephy Mavididi Preston North End 10
8 Marc Bola Bristol Rovers 6
9 Kelechi Nwakali VVV Venlo 10

Post a Comment

Previous Post Next Post