Senario perpindahan Arsenal pada Januari nanti.

Mesut Ozil, Alexis Sanchez, Jack Wilshere dan Julian Draxler dalam jendela perpindahan Arsenal Januari nanti.

Menjelang jendela perpindahan kedua musim ini pada Januari 2018.

Hanya kurang sebulan sahaja lagi untuk jendela perpindahan bakal dibuka dan adakah Arsene Wenger mampu mengekalkan skuad sedia ada serta melakukan beberapa pembelian baru?

Ketika ini, Arsenal menghadapi masalah dalam mengekalkan dua pemain utama iaitu Ozil dan juga Sanchez.

Manakala kontrak Jack Wilshere turut bakal berakhir dipenghujung musim ini bersama Ozil dan Sanchez. Cuma situasi Wilshere sedikit berbeza jika dibandingkan dengan dua pemain tersebut.

Wilshere dilaporkan mahu kekal bersama Arsenal manakala Sachez pula dilaporkan sebelum ini mahu berpindah dengan menyertai City dan Ozil pula dilaporkan meminta gaji yang lebih tinggi untuk kekal bersama Arsenal.
Berikut gambaran situasi yang bakal melanda Arsenal pada jendela perpindahan ini mengikut laporan terkini.

Alexis Sanchez

Beliau boleh dikatakan menjadi punca kepada segala urusan perpindahan yang melibatkan Arsenal pada jendela perpindahan ini.

Ini kerana, beliau satu-satunya pemain Arsenal yang dikatakan ingin berhijrah berbanding dua lagi pemain yang bakal menamatkan kontrak dipenghujung musim ini.

Walaupun Wenger telah menjelaskan bahawa Sanchez tidak akan dilepaskan (dijual) pada jendela perpindahan nanti (Januari 2018) namun jika Sanchez dilepaskan sudah tentu skuad Arsenal bakal berubah.

Dan bermula Januari nanti juga ketiga-tiga pemain ini dibenarkan untuk berunding serta menandatangani pra-kontrak bersama pasukan baru.

Dengan situasi ini juga, sudah tentu City bakal mencuba nasib sekali lagi untuk mendapatkan khidmat pemain yang pernah dibida mereka sebelum ini.

Adakah City sanggup menunggu sehingga penghujung musim ini bagi mendapatkan Sanchez secara percuma? Dan adakah City sanggup menanggung risiko 'terlepas' Sanchez ke tangan pasukan lain?

Adalah tidak mustahil untuk kelab ini membayar perpindahan ini (melakukan pembelian) pada Januari nanti jika benar-benar mahukan Sanchez.
Manchester City will bid again for Arsenal star Alexis Sanchez in the January transfer window in a bid to see off competition from foreign clubs for his signature, according to latest reports. - Metro
Sebelum ini City telah membida Sanchez (pada awal musim) dengan tawaran berjumlah £60 juta walaupun dilaporkan Arsenal telah bersetuju dengan nilai perpindahan tersebut namun kegagalan Arsenal untuk mendapatkan persetujuan Lemar membuatkan perpindahan ini tidak menjadi kenyataan.
Manchester City missed out on Alexis Sanchez despite Arsenal accepting a £60m deadline day bid. -  Manchester Evening News
Punca urusniaga tersebut dikatakan gagal kerana Arsenal dikatakan gagal mencari ataupun mendapat pengganti kepada kekosongan yang bakal ditinggalkan Sanchez serta mengakui tawaran yang dibuat City itu terlalu lewat (disaat jendela perpindahan ditutup).

Dan jika City membuat tawaran sekali lagi pada Januari ini, Arsenal bakal berada didalam situasi sukar dan dilema sama ada mahu mengekalkan Sanchez ataupun menerima tawaran tersebut dengan perlu mencari pengganti baru.

Terima dan cari pengganti atau kekal dan pujuk sambung kontrak. 

Jika Arsenal menolak tawaran City dan berharap mampu memujuk Sanchez, Asenal terlebih dahulu perlu memastikan bahawa kelab ini bakal atau mampu beraksi di saingan Liga Juara-Juara (UCL) memandangkan Sanchez pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mahu bermain didalam saingan UCL dan memenangi saingan tersebut.

Namun jika Sanchez dilepaskan (dijual) Arsenal perlu mencari pengganti kepada kekosongan ini dan sudah pasti nilai pengganti tersebut menyamai nilai perpindahan Sanchez (sekurang-kurangnya).

Pengganti

Julian Draxler
Dikhabarkan bahawa Arsenal dalam proses untuk berunding bagi mendapatkan Julian Draxler daripada PSG secara pinjaman pada Januari nanti.

Dan jika menjadi kenyataan, urusniaga ini dilihat memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak (PSG dan Arsenal) termasuk Draxler sendiri.

Arsenal bakal memperolehi pengganti kepada kekosongan Sanchez (buat sementara) dan Draxler sudah tentu bakal memperolehi minit permainan mencukupi bagi memastikan tempat beliau bersama skuad kebangsaan Jerman pada kejohanan Piala Dunia 2018 nanti (sesuatu yang sukar diberikan oleh PSG kepada pemain ini ketika ini).

Thomas Lemar
Pemain serba boleh AS Monaco ini dikatakan menjadi pilihan utama Arsenal bagi menggantikan kekosongan yang bakal ditinggalkan Sanchez namun dijangkakan Wenger tidak akan melakukan bidaan terhadap pemain ini pada jendela perpindahan (Januari) ini.

Dilaporkan Wenger mahu menilai kembali pemain ini pada penghujung liga sebelum membuat sebarang keputusan sama ada mahu membeli ataupun memikirkan calon lain memandangkan Arsenal kini mempunyai barisan belakang tabir yang hebat dan berpengaruh.

Nabil Fekir
Seorang lagi pemain yang dikaitkan dengan Arsenal adalah Nail Fekir. Pemain penyerang tengah (AMC) Lyon ini lebih dikatakan menjadi pengganti kepada kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Ozil dan bukan-nya Sanchez.

Difahamkan juga dimana Ozil bakal kekal bersama Arsenal sehingga penghujung musim ini dan kemungkinan Arsenal membuat bidaan terhadap Fekir hanya jika Ozil tidak lagi bersama Arsenal.

Arsenal bakal kehilangan Ozil secara percuma jika gagal mencapai keputusan positif dalam rundingan pembaharuan kontrak pemain ini namun kemasukan barisan belakang tabir Arsenal yang lebih hebat sudah pasti bakal memainkan peranan dalam rundingan kali ini.

Mesut Ozil
Walaupun beliau (Ozil) dikaitkan dengan Manchester United, namun United dikatakan tidak mahu mengeluarkan belanja bagi mendapatkan Ozil pada Januari nanti dan berharap dapat menandatangani pemain ini secara percuma dipenghujung musim nanti.
Manchester United urged to sign Arsenal playmaker Mesut Ozil on a free transfer. - IBT UK
Sanchez dan Ozil
Walaupun Arsenal dikatakan mahu mengekalkan kedua-dua pemain ini dan dalam proses memujuk mereka bedua untuk menandantangi kontrak baru, namun jika dilihat kepada laporan sebelum ini, Sanchez lebih berpotensi untuk meninggalkan Arsenal berbanding Ozil pada Januari nanti dan ini juga menjadi sebab mengapa segalanya (urusan perpindahan) bermula dengan kedudukan serta keputusan Sanchez.

Situasi Berbeza

Jack Wilshere 
Nasib berbeza pula mengenai Wilshere dimana Wenger sebelum ini mengatakan bahawa keputusan mengenai kontrak baru (pembaharuan kontrak) beliau bersama Arsenal bakal ditentukan pada Januari nanti.

Wilshere juga berkali-kali telah mengatakan bahawa keinginan beliau untuk bermain dan kekal bersama Arsenal serta berharap agar Wenger menawarkan kontrak baru kepada beliau namun Wenger telah meminta beliau menunggu sehingga Januari ini bagi mengetahui nasibnya bersama Arsenal.

Disebalik keinginan Wilshere untuk bermain mewakili England pada kejohanan Piala Dunia 2018, beliau terlebih dahulu perlu memastikan tempat beliau didalam kesebelasan utama Arsenal dan sentiasa beraksi sebagaimana pengurus England Gareth Southgate telah memaklumkan kepada beliau.

Jadi dilema Wilshere diantara Piala Dunia dan Arsenal atau berpindah ke kelab lain.

Adakah beliau rela meninggalkan Arsenal demi bermain mewakili England? Ataupun jodoh beliau bersama Arsenal bakal berakhir pada Januari atau penghujung musim ini?

Selain pengganti Sanchez, pertahanan perlu diberi perhatian.

Selain mencari ataupun memikirkan tentang pengganti kepada Sanchez, satu lagi posisi yang perlu diberi perhatian oleh Wenger adalah pada bahagian pertahanan terutamanya pertahanan tengah (centre-back).

Dengan Per Mertesacker bakal bersara dipenghujung musim ini dan tahap kecergasan Laurent Koscielny yang sering dibelengu kecederaan (achilles), Wenger perlu mencari pengganti dan juga sebagai pemain 'back up' kepada dua pemain berpengalaman ini untuk bergandingan bersama Mustafi.

Jonny Evans 
Difahamkan Arsenal kini sedang menunggu keputusan perbincangan diantara Jonny Evans (29 tahun) bersama pengurus baru pasukan beliau (West Brom), Alan Pardew mengenai masa depan pemain pertahanan ini yang mana kontrak pemain ini bakal berakhir pada pertengah tahun 2019.

Namun dengan kedudukan West Brom yang hanya tiga mata mengatasi pasukan yang berada di zon penyingkiran, sudah tentu membuatkan pemain ini perlu memikirkan mengenai tawaran daripada kelab lain yang berminat dengan khidmat beliau.

Dan jika Alan Pardew bersetuju untuk melepaskan beliau, Arsenal terpaksa bersaing dengan Manchester City yang turut berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post