Sepanyol bakal digantung daripada Piala Dunia 2018

Sepanyol kemungkinan bakal digantung sertai Piala Dunia 2018

FIFA mengeluarkan amaran bertulis kepada Sepanyol mengenai kemungkinan menggantung negara itu daripada menyertai Piala Dunia 2018 di Russi menurut laporan El País.


Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) mengesahkan bahawa sepucuk surat amaran telah diserahkan kepada Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) yang mana menjelaskan mereka boleh digantung daripada beraksi di Piala Dunia 2018 berikutan terdapat campur tangan politik.

Namun menurut Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy menjelaskan bahawa pihak mereka setakat ini masih belum lagi menerima sebarang surat daripada FIFA.

Mariano Rajoy, Perdana Menteri Sepanyol.
Isu ini (campu tangan politik) memuncak apabila bekas presiden RFEF, Angel Maria Villar yang juga merupaka ahli senior FIFA dan Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) meletakkan jawatan pada Julai selepas ditahan dan disiasat ekoran skandal kewangan. 

Angel Maria Villar yang kini disiasat ekoran skandal kewangan.
Kedudukan Villar kemudian-nya digantikan oleh Juan Luis Larrea secara sementara.

Walaupun memegang jawatan tersebut secara sementara, Larrea mengatakan dengan jelas bahawa beliau mahu mengambil alih tugas Villar secara tetap, namun tidak dipersetujui oleh Agensi Sukan Nasional Sepanyol (CSD) yang sekali gus membawa kepada amaran FIFA, sebagaimana dipetik daripada laporan El Pais.

FIFA dalam satu kenyataan telah menjelaskan bahawa pihak mereka akan berbincang dan berhubung dengan RFEF serta delegasi FIFA-UEFA  dimana mereka akan dihantar ke Madrid dalam masa terdekat bagi memantau dan menilai keadaan dalaman persatuan itu.
Kami boleh mengesahkan yang FIFA baru-baru ini menghantar surat kepada (RFEF) menyuarakan kebimbangan mengenai situasi semasa persatuan dan mengulangi bahawa, di bawah Undang-undang FIFA, semua persatuan ahli mesti menguruskan hal-ehwal mereka secara bebas dan memastikan tidak ada gangguan oleh pihak ketiga dalam hal-hal dalaman.
Pihak RFEF dan kerajaan Sepanyol, semalam (dalam temubual di Brussels) menegaskan yang pasukan mereka akan beraksi di Piala Dunia.
Saya tidak boleh melihat senario berkenaan. Saya dengan jelas yakin yang Sepanyol akan pergi ke Piala Dunia dan menang. - Rajoy.

Post a Comment

Previous Post Next Post