Sumber dalaman Adidas dedah destinasi Ozil

Sumber dalaman Adidas mengesahkan Mesut Ozil bakal ke Man. United

Adakah Ozil akan kekal atau menyertai Man.United?
Disebalik kenyakinan Wenger yang dikatakan mampu mengekalkan Ozil bersama Arsenal terdapat perkhabaran yang mana Ozil dikatakan bakal menyertai Man.United pada musim depan.

Menariknya prestasi beliau kebelakangan ini dilihat semakin meningkat sehinggakan mampu menutup mulut pengkritik yang kerap mempersoalkan corak dan persembahan beliau terdahulu.

Dan jaringan menakjubkan beliau ketika menentang Newscastle turut mendapat perhatian dimana beliau berjaya 'menghidu' atau melihat bola tersebut bakal jatuh (kelebihan yang mana pandangan Ozil berlainan dengan pemain lain). Ozil dapat melihat apa yang orang lain tidak.

Semua orang tahu bahawa kontrak Ozil bakal berakhir penghujung musim ini bersama Arsenal dan semua orang tahu bahawa Ozil mempunyai hubungan baik dengan bekas pengurus Real Madrid, Jose Mourinho yang mana mereka pernah bersama satu ketika dahulu.

Kebelakangan ini juga gosip hangat dikaitkan tentang 'reunion' Ozil dan Mourinho bersama Man.United.

Dan terbaru menurut laporan 101 Greats Goals, sumber dalaman ADIDAS mengesahkan bahawa Mesut Ozil bakal menyertai Arsenal.

Poet dedahkan destinasi Ozil.

Poet yang terkenal dilaman sosial dan juga terlibat bersama Copa 90 mendedahkan dimana beliau mendengar salah seorang staff ADIDAS mengesahkan bahawa Ozil bakal berhijarah ke Man.United.
Poet, who works for the likes of Copa 90, claimed that he’s heard from someone at Adidas that Ozil’s Man United move is happening.

Video pendek pendedahan Poet seperti dibawah.


Post a Comment

Previous Post Next Post