Perkembangan skuad : Welbeck dan Walcott


Theo Walcott


Mengikut laporan Sepanyol (El Gol Digital) Theo Walcott, 28 tahun amat sesuai untuk beraksi bersama kelab Valencia.

Walaupun menjadi sasaran Everton dan West Ham, namun perkembangan terbaru ini menyaksikan kelab Sepanyol itu turut sama berminat mendapatkan khidmat pemain sayap/penyerang Arsenal ini.

Selain Everton dan West Ham, Valencia turut mendapat saingan daripada kelab lama Wlacott iaitu Southampton.

Kontrak Walcott bersama Arsenal bakal berakhir pada 30 Jun 2019.



Danny Welbeck


Danny Welbeck, 27 tahun sedang berunding dengan pihak pengurusan Arsenal mengenai pembaharuan kontrak beliau.

Walaupun tempoh kontrak beliau hanya akan berakhir pada tahun 2019 (30 Jun 2019), namun pihak Arsenal dikatakan tidak mahu melengahkan masa untuk berunding ditahun terakhir dan mahu menyelesaikan segera isu pembaharuan kontrak pemain ini.

Bekas pemain Manchester United dan Sunderland ini dikatakan menjadi sasaran dua kelab Inggeris iaitu Everton dan West Bromwich Albion.

Post a Comment

Previous Post Next Post