Wenger kembali dengan empat pemain pertahanan.

Arsene Wenger bakal kekalkan empat pertahanan.

Semenjak kekalahan ditangan Manchester United, Arsenal dilihat selesa dengan formasi asal iaitu dengan menggunakan empat pemain pertahanan.



Pada pertemuan menentang Manchester United 3 Disember lalu, Arsenal turun dengan formasi 3-4-2-1 namun mengubah formasi tersebut pada minit ke-14 menjadi 4-2-3-1 setelah kemasukan Alex Iwobi yang menggantikan Shkodran Mustafi akibat kecederaan.

Perubahan formasi tersebut dibuat setelah Arsenal ketinggal 2-0 dan hasilnya Arsenal berjaya menjaringkan satu gol. Namun sayangnya kelebihan menyerang dalam bertahan Arsenal itu akhirnya bocor sekali lagi pada minit ke-63 untuk perlawanan berakhir Arsenal tewas 3-1 ditempat sendiri.

Namun pada pertemuan Liga Europa, Wenger mencuba formasi dengan 4 pemain pertahanan (4-2-3-1) dan hasilnya, Arsenal berjaya memperolehi kemenangan besar 6-0 keatas BATE.

Pun begitu pada perlawanan liga ketika menentang Southampton, Wenger kembali kepada formasi 3 pemain pertahanan (3-1-4-2) namun hanya sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1.

Arsenal vs Newcastle
Semenjak itu, Wenger mula beralih kepada formasi empat pemain pertahanan, 4-2-3-1 atau 4-1-4-1 dalam perlawanan seterusnya yang menyaksikan Arsenal berjaya mengekalkan gawang gol daripada dibocori pihak lawan. 

Seri 0-0 ketika menentang West Ham dan menang 1-0.

West Ham vs Arsenal
Dalam laporan terkini, Arsene Wenger telah memberi bayangan bahawa beliau akan mengekalkan empat pemain pada barisan pertahanan berbanding tiga pemain yang digunakan pada musim ini.

Arsenal juga dalam dua perlawanan terkahir liga dilihat mengalami kesukaran dalam menjaringkan gol walaupun berjaya mencatatkan jumlah percubaan sebanyak 45 kali.

Namun daripada jumlah percubaan itu, hanya satu gol berjaya dijaringkan Arsenal dan Wenger percaya dengan empat pemain pertahanan dalam formasi terkini ianya mampu memberikan kelebihan (dalam menyerang) kepada Arsenal.

Dalam temuramah yang dipetik daripada Arsenal Player, Wenger mengakui dimana kemungkinan bakal mengekalkan empat pemain pada barisan pertahanan dalam formasi yang bakal digunakan Arsenal.

Ditanya mengenai adakah beliau bakal mengekalkan empat pemain pertahan, ini adalah jawapan beliau:
It’s possible, yes. Especially, I think we were mobile at the back, built the game up well and it gives us one more player to go forward. When you don’t score as much as you want, sometimes you look at every single thing and that is why I went for it. - Arsene Wenger.

Post a Comment

Previous Post Next Post