Coquelin - Saya hampir menyesal tidak meninggalkan Arsenal lebih awal

"Saya sepatutnya tinggalkan Arsenal lebih awal" - Francis Coquelin.

Coquelin, 26 tahun memutuskan untuk kekal bersama Arsenal dan bertarung merebut kembali tempat beliau didalam kesebelasan utama Arsenal namun mengakui bahawa beliau mungkin telah membuat keputusan yang salah apabila menolak tawaran perpindahan pada awal musim ini.



Menurut laporan Goal, Francis Coquelin mengatakan bahawa beliau hampir menyesal apabila menolawak tawaran yang diterima sebelum ini (pada awal musim) untuk meninggalkan Arsenal lebih awal selepas melengkapkan perpindahan beliau menyertai kelab La Liga, Valencia.

Pemain tengah kelahiran Perancis ini menyertai Arsenal pada tahun 2008 dan pernah dipinjamkan kepada tiga buah kelab (Lorient - 2010–2011, Freiburg - 2013–2014 dan Charlton Atheltic - 2014) sebelum berjaya membarisi skuad utama Arsenal pada musim 2014-2015.

Persembahan beliau pada musim 2016/17 mendapat perhatian dan minat daripada beberapa kelab Eropah namun Coquelin memutuskan untuk kekal dan bersaing merebut tempat beliau setelah kehadiran Xhaka dan Elneny serta kembalinya Ramsey daripada kecederaan menyukarkan peluang beliau dalam kesebelasan utama Arsenal.

Malangnya, keputusan tersebut tidak berjaya mengubah situasi dimana beliau masih gagal memikat pengurus Arsenal, Arsene Wenger untuk berada didalam skuad utama apabila hanya membuat satu penampilan (permulaan) bersama skuad utama dalam saingan liga musim ini.

Coquelin yang melengkapkan perpindahan beliau menyertai Valencia semalam mengakui pada sidang media bahawa beliau mungkin telah melakukan kesilapan untuk kekal bersama Arsenal musim ini. 
It's true that there was interest in the summer but in my head I wanted to continue at Arsenal and do well there. It wasn't to be and now this opportunity has come up. I almost regret not having come before. I think it's an excellent opportunity for me and I'm very grateful. It's a big challenge, and a new start in my life for me, which I'm very excited about. - Coquelin.
Tahun lalu beliau telah menandatangani kontrak baru bersama Arsenal namun kini beliau sah menjadi pemain Valencia sehingga tahun 2022 dan mempunyai klausa pelepasan berjumlah £71.2 juta.
.
Valencia CF have agreed a deal this Thursday with Arsenal regarding the transfer of Francis Coquelin, who will wear the black and white colours of the club during a deal that will run until June 30th 2022, with a buy-out clause of 80 million euros. -- Valencia CF

Post a Comment

Previous Post Next Post