United hubungi Arsenal cubaan 'sailang' City


Manchester United dilaporkan menghubungi Arsenal bagi mendapatkan Alexis Sánchez.

Perkembangan menarik mengenai perpindahan yang dikaitkan dengan Alexis Sanchez dimana menurut laporan Gianluca Di Marzio, United dikatakan menghubungi Arsenal bagi mendapatkan Alexis Sanchez.



United dikatakan mahu menggantikan tempat yang bakal ditinggalkan Henrikh Mkhitaryan dengan bintang Arsenal ini walaupun dikatakan bahawa Sanchez telah bersetuju dengan terma (secara peribadi) bersama City.


Dan turut dilaporkan, Henrikh Mkhitaryan dikatakan telah ditawarkan kontrak bersama Arsenal dan menunggu tandatangan beliau sahaja ketika ini.

Laporan mengenai cubaan United untuk 'mensabotaj' City dalam mendapatkan Alexis ini turut dilaporan oleh Guardian.

Penghujung tahun lalu, gosip perpindahan Mkhitaryan ke Arsenal turut dilaporkan namun pemain tersebut memilih untuk kekal bersama United dan dengan perkembangan terkini, adakah ini bermakna kita bakal menyaksikan Ozil dan Sanchez bergadung dan bergandingan di United?

Dan adakah Sanchez sanggup mengecewakan City untuk menyertai United yang dikatakan sanggup menawarkan gaji yang lebih tinggi?

Jika benar dakwaan dimana United menghubungi Arsenal bagi mendapatkan Sanchez, adakah kita bakal melihat nilai jualan Sanchez semakin meningkat?

Sebelum ini, City dikatakan sedia menawarkan £20juta bagi mendapatkan Sanchez pada bulan ini namun dalam perkembangan terkini, United dikatakan sudi menawarkan £25 juta bagi mendapatkan Sanchez.

Arsenal setakat ini masih belum memberikan sebarang respon berhubung tawaran yang dibuat oleh City.

Henrikh Mkhitaryan 28 tahun, menurut laporan tersebut diberi kebenaran oleh United untuk berunding bersama kelab lama beliau iaitu Borussia Dortmund.

Kontrak Henrikh Mkhitaryan bersama United bakal berakhir pada tahun 2020 dan menerima gaji sebanyak £140,000 seminggu.

Post a Comment

Previous Post Next Post