Mafla ataupun scarf terbaru Borussia Dortmund dengan perkataan diharamkan.

Gergasi Bundesliga, Borussia Dortmund telah mengeluarkan scarf terbaru yang membolehkan peminat untuk memperibadikan nama mereka sendiri pada scarf tersebut namun terdapat perkataan yang 'diharamkan' oleh mereka.



Mungkin anda membayangkan perkataan lucah ataupun perkataan mencarut yang diharamkan mereka dan anda mungkin benar.

Kerana laman web kelab itu mempunyai penapisan automatik yang ditetapkan bagi menghalang (tidak membenarkan) sesetengah perkataan namun terdapat juga beberapa perkataan 'kasar' masih dibenarkan.

Menariknya selain perkataan lucah atau kasar yang tidak dibenarkan, mereka turut tidak membenarkan perkataan Schalke atau S04 kerana ianya merujuk kepada pesaing ataupun seteru utama mereka dan mereka tidak membenarkan sama sekali perkataan tersebut tertera atau berada pada ciptaan scarf terbaru ini.

Anda boleh saksikan video dibawah.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa permusuhan dua kelab ini adalah terbesar didalam liga bolasepak Jerman dan layak untuk digelar sebagai 'ibu segala derby'.

Dan laman web rasmi Dortmund atau papan skor di stadium juga sebolehnya cuba mengelakkan daripada mencetak atau memaparkan perkataan 04 pada bila-bila atau mana-mana dan memilih untuk menggunakan 03 + 1 atau sebaliknya.

Hebat bukan?

Post a Comment

Previous Post Next Post