Perpindahan kontroversi Sanchez ke Manchester United belum berakhir.

Perpindahan kontroversi Sanchez ke Manchester United. 

Walaupun perpindahan ini akhirnya selesai namun kontroversi melibat Sanchez masih lagi diperkatakan.



Bermula dengan ucapan yang dikeluarkan oleh Sanchez sempena penghijrah beliau ke Manchester United yang kemudiannya diterjemahkan, "I remember today, a conversation I had with Henry, a historic Arsenal player, who changed club for the same reason and today is my turn."


Tidak dapat dipastikan maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh bekas pemain Arsenal ini.

Adakah ianya bermaksud Theirry Henry telah menasihati beliau untuk berpindah keluar daripada Arsenal dengan menyertai Man.United?

Jika ianya benar, sudah pasti ini bakal memberi imej dan reputasi buruk kepada pemain lagenda Arsenal ini yang mana tugu penghargaan diberikan kepada beliau (diluar stadium) sebagai mengenang jasa pemain ini dan juga sebagai penghormatan kepada beliau.

Dan jika ianya benar, sememangnya tindakan pemain lagenda ini sukar dan tidak dapat diterima oleh peminat dan penyokong Arsenal.

Bagaimana seorang individu yang dianggap lagenda dan mempunyai tugu penghormatan menasihati seorang pemain untuk meninggalkan kelab? Lebih-lebih lagi kelab yang pernah diwakilinya dan beliau adalah lagenda kelab tersebut.

Beliau sepatutnya bertindak memujuk pemain tersebut daripada meninggalkan kelab. Itulah peranan sepatutnya dilakukan oleh Henry.

Atau mungkin Sanchez bermaksud untuk menyampaikan cerita sebagaimana Henry dahulu turut bertindak meninggalkan Arsenal dengan alasan yang sama seperti beliau. Namun gambaran yang cuba disampaikan Sanchez ini menjadi isu memandangkan Sanchez telah mengaitkan Henry apabila mengatakan bahawa beliau telah bercakap bersama Henry sebelum itu.

Dan ini memberi gambaran juga bahawa mungkin Henry telah mengetahui niat Sanchez untuk tinggalkan Arsenal. Namun tidak pula didedahkan apa isi perbualan diantara mereka berdua.

Ataupun, Sanchez berniat untuk mengalihkan perhatian perpindahan beliau dengan mengalih tumpuan (kontroversi) kepada Henry.

Seolah Sanchez bertindak  'membalas dendam' dengan apabila didalam ucapan perpisahan beliau itu, beliau turut mengaitkan (tanpa menyebut nama mana-mana individu) bekas pemain Arsenal yang kerap mengkritik beliau ketika bersama Arsenal.

Dalam hal ini, Henry merupakan bekas pemain Arsenal dan juga merupakan seorang pengkritik serta pundit yang pernah mengkritik beliau dan pasukan selain mempersoalkan kredibiliti dan komitmen pemain-pemain Arsenal.
Thierry Henry describing the team as "unwatchable". - News 18.
There were question marks about whether he was trying or not. He had six months where he was struggling in a way but on Saturday I saw an Alexis Sanchez like we used to see before. -  The Sport Review

Namun Henry tidaklah begitu teruk dalam 'menghentam' beliau dalam komen-komen terdahulu malahan Henry  dilihat cenderung menyokong pemain ini (lebih memuji daripada mengkritik).

Jadi point ini sukar untuk diterima, namun siapa tahu isi sebenar hati Sanchez apabila menyebut bekas pemain Arsenal yang membuat komen hingga menyebabkan perkara buruk kepada kelab (atau mungkin Ian Wright).
Alexis Sanchez has caused “division” at Arsenal with his want-away antics, says club legend Thierry Henry, with it now time for the Gunners to cash in. - Goal.
Atau mungkin Sanchez ingin menyampaikan maksud yang mana tindakan beliau meninggalkan Arsenal adalah sama sebagaimana tindakan (sebab dan alasan yang sama) Thierry Henry dahulu.

Namun itu semua adalah andaian dan pandangan peribadi masing-masing memandangkan tiada sesiapa yang memahami maksud sebenar ucapan Sanchez yang mana mungkin diterjemahkan secara kasar dan tersasar daripada maksud sebenar yang ingin disampaikan Sanchez.

Hanya Sanchez seorang sahaja yang memahami dan mengetahui maksud sebenar ucapan yang ingin disampaikan beliau itu.

Pun begitu, tindakan Sanchez ini telah berjaya mengakibatkan Henry terpalit dengan kontroversi ini sehinggakan beliau terpaksa membuat penafian yang mana beliau tidak terlibat dalam menasihati pemain ini untuk meninggalkan Arsenal.
Yang pasti Thierry Henry menerima kecaman dikalangan peminat dan penyokong Arsenal sehinggakan ada yang meminta tugu beliau 'diruntuhkan'.

Thierry Henry ketika 'pelancaran' tugu beliau diluar Stadium Emirates.

UCAPAN PERPISAHAN

Arsenal hanya mengambil sehari untuk mengucap selamat tinggal kepada Theo Walcott yang menyertai Everton secara sah pada 17 Januari dengan pengumuman rasmi dibuat pada laman rasmi Facebook pada 18 Januari.


Manakala pengumuman mengenai perpindahan Francis Coquelin dibuat pada hari yang sama pemain tersebut dilepaskan kepada Valencia iaitu pada 11 Januari.


Sementara sehingga kini (saat artikel ini ditulis) laman Arsenal masih belum mengucapkan selamat tinggal kepada Sanchez sebaliknya mereka hanya memaparkan mengenai kata-kata Arsene Wenger mengenai komitmen Sanchez terhadap kelab.



Video ketibaan Sanchez di Manchester.



Post a Comment

Previous Post Next Post