Giroud : Pengganti Ideal Robert Lewandowski.



Mungkin ini pengakhiran karier di Arsenal.

Menjadi pemain senior yg bakal dihantar ke pasukan lain kerana mengambil seorang pemain baru, memang satu pukulan yang menimbulkan pelbagai rasa.

Proses pembelian Pierre-Emerick Aubameyang dari Dortmund yg sedang hangat diperkatakan, tak perlu dihurai panjang apabila Dortmund sendiri 'menuntut' dgn salah satu syarat adalah 'meminjam' striker profilik yang tajam di hadapan pintu gol - Olivier Giroud selama 6 bulan hingga tamat musim 2017/18, seandainya urusan jual beli dimeterai.

Semua sedia maklum, ketajaman sentuhan penyudah pemusnah yang dimiliki Giroud tidak boleh disangkal lagi.

Satu bebanan mana mana pertahanan lawan jika membiarkan Giroud tanpa sebarang kawalan menerima apa jua jenis hantaran / lorongan bola.

Sekelip mata keputusan akan berubah.

Giroud memang menjadi bualan hangat para peminat di Dortmund sejak sekian lama, terutama apabila kehilangan Robert Lewandowski yang berhijrah ke Bayern Munich, pada 2014.

Dortmund seperti hilang arah selepas kehilangan Ledawonski.

Walaupun menguasai dominasi perlawanan, banyak hantaran hantaran lintang gagal disempurnakan penyerang sedia ada (Gotze) yang mempunyai fizikal kecil dan tidak tajam di udara.

Walaupun corak permainan berbeza, kekuatan Dortmund adalah memiliki corak permainan berpasukan yg mampu mencipta peluang dgn pelbagai cara dan hantaran ke dalam kotak penalti.

Fizikal dan skil individu yang dimiliki giroud 'one touch one goal' amat sesuai dan ditagih pasukan Dortmund.

Tidak hairan dengan tempoh baki perlawanan musim di Bundesliga 2017/18, Giroud akan mencipta Gol yang besar seandainya beraksi di sana.

Apa pun... kita tunggu dan lihat perkembangan tempoh Perpindahan Januari yang semakin singkat.

Seandainya pemain Scorpion Kick yang mendapat anugerah Puskas musim lepas ini - menyarung jersi kuning Dortmund, kemungkinan Giroud terus ditawar kontrak tetap kelak ?

Memang satu kemungkinan yang Dortmund pasti akan rancang.

Post a Comment

Previous Post Next Post