Piala FA : Tahun 1980, Arsenal menentang Liverpool

Rekod pertembungan paling menarik dalam saingan Piala FA buat Arsenal adalah pada tahun 1980 ataupun bagi musim 1979/1980 apabila menentang Liverpool.

Musim itu menyaksikan Arsenal menentang EMPAT KALI pasukan Liverpool diperingkat Separuh Akhir untuk menjadikan kedua-dua pasukan ini bertemu LIMA KALI  dalam masa 19 hari.

Saingan Tarikh Tempat Lawan Keputusan
Separuh Akhir Piala FA 11-Apr-80 A Liverpool FC 0:0 aet
Separuh Akhir Piala FA 15-Apr-80 A Liverpool FC 1:1 aet
Perlawanan Liga 18-Apr-80 A Liverpool FC 1:1
Separuh Akhir Piala FA 27-Apr-80 A Liverpool FC 1:1 aet
Separuh Akhir Piala FA 30-Apr-80 H Liverpool FC 1:0

Menariknya pada perlawanan Separuh Akhir, Arsenal terpaksa melalui tiga kali perlawanan ulangan selepas terikat tanpa jaringan pada perlawanan Separuh Akhir yang diadakan di HillsboroughSheffield (selepas masa tambahan).


Dan penentuan pasukan mana yang lebih layak bermain untuk peringkat akhir terpaksa diputuskan pada perlawanan ulangan.

Perlawanan ulangan pertama turut menyaksikan keputusan sama apabila terikat 1-1 (selepas masa tambahan) dan perlawanan ulangan kedua terpaksa disambung selepas aksi liga yang mana turut menemukan Arsenal menentang Liverpool.

Piala FA diadakan mengikut format kalah-mati dan pada zaman tersebut penentuan pasukan yang layak ke peringkat seterusnya (selepas tamat perlawanan yang berkesudahan seri) akan melalui perlawanan ulangan (selepas masa tambahan). Namun pada 1990/91, penentuan sepakan penalti mula digunapakai jika kedua-dua pasukan masih terikat selepas tamat masa tambahan.

Pada perlawanan Separuh Akhir Piala FA tahun tersebut, Arsenal akhirnya berjaya melayakkan diri ke Perlawanan Akhir sebelum tewas  ditangan West Ham 1-0 (final) dan Arsenal layak ke perlawanan akhir tersebut setelah mengharungi TIGA KALI perlawanan ulangan serta kedua-dua pasukan ini bertembung empat perlawanan pada separuh akhir serta satu perlawanan liga  dalam masa 19 hari.

Arsenal layak setelah berjaya menewaskan Liverpool 1-0 hasil jaringan Brian Talbot pada minit ke-11 pada perlawanan yang berlangsung di Highfield Road, Coventry (1 Mei 1980).

Brian Talbot, pemain tengah Arsenal yang menjaringkan gol kemenangan Arsenal keatas Liverpool.


Arsenal v Liverpool FA Cup Semi Final 1979/80





Arsenal 1 Liverpool 1 28/04/1980 FA Cup semi final 2nd replay


Highlights perlawanan Separuh Akhir Piala FA- 2nd Replay yang berlangsung di Villa Park antara Arsenal dan Liverpool pada tahun 1980.

FA CUP 3rd REPLAY


FA Cup Final 1980: West Ham 1-0 Arsenal


Post a Comment

Previous Post Next Post