Pemain Pilihan - Bulan Januari 2018 : Nicolas Anelka

Nicolas Sebastien Anelka ataupun lebih dikenali dengan Nicolas Anelka kini berusia 38 tahun dan kelab terakhir yang diwakili beliau adalah Mumbai FC sebelum mengumumkan persaraan pada tahun 2016. 

Beliau disifatkan sebagai pemain yang memiliki kebolehan tinggi dalam mengawal bola, kepantasan serta mampu bertindak selaku penyerang utama mahupun penyerang kedua selain kebolehan beliau untuk menjaringkan dan menghasilkan bantuan gol.

Memulakan karier awal dengan menyertai akademi Trappes Saint-Quentin selama 10 tahun sebelum berhijrah ke kelab Clairefontaine pada tahun 1993, bakat beliau kemudiannya dikesan oleh Paris Saint-Germain (PSG) yang mana beliau akhirnya menyertai kelab tersebut pada tahun 1995.

ARSENAL

Bintang remaja Perancis ini dibawa masuk menyertai Arsenal pada usia 17 tahun oleh Arsene Wenger, yang baru empat bulan menjadi pengurus The Gunners ketika itu.

Perpindahan Anelka ke Arsenal daripada PSG pada Februari 1997 hanya menelan belanja kira-kira £500,000 namun pembelian ini dianggap satu kejutan memandangkan usia beliau masih remaja dan hanya menjaringkan satu gol bersama skuad utama (senior) PSG.

Walaupun gagal menempatkan diri di dalam skuad utama Arsenal pada musim pertama (1996-1997, separuh musim) namun kecederaan berpanjangan yang dialami oleh Ian Wright memberikan kelebihan dan peluang buat beliau pada musim kedua (1997-1998).

Rekod Anelka pada musim 1996-1997 ( PSG dan Arsenal):
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit Permainan
Ligue 1 8 1 - 172'
Premier League 4 - - 131'
Cup Winners` Cup 1 - - 27'
Coupe de la Ligue 1 - - 90'
JUMLAH 14 1 - 420'
Peluang tersebut digunakan sebaiknya oleh beliau dan sepanjang musim itu (musim kedua), beliau berjaya membuat 29 penampilan secara keseluruhan dengan sembilan gol berjaya dijaringkan beliau.

Dan gol pertama beliau bersama Arsenal adalah ketika menentang Manchester United (9 November 1997) yang mana perlawanan tersebut berakhir dengan Arsenal berjaya menewaskan Manchester United 3-2.

Musim ini juga menyaksikan musim yang cukup gemilang buat beliau apabila Arsenal berjaya merangkul kejuaraan berganda dengan muncul selaku Juara Liga dan juga Juara Piala FA.

Lebih manis, beliau merupakan salah seorang penjaring gol pada perlawanan akhir Piala FA ketika Arsenal menewaskan Newcastle 2-0.


*Gol pendahuluan Arsenal dijaringkan oleh Marc Overmars pada minit ke-23 dan Anelka menjaringkan gol kedua Arsenal pada minit ke-69.


PUJIAN

Kehebatan pemain remaja ini turut diakui oleh salah seorang pemain pertahanan terbaik dunia ketika itu, Jaap Stam - yang menyertai Manchester United pada tahun 1998 dengan nilai perpindahan tertinggi dunia bagi seorang pemain pertahanan.

Anelka ketika itu baru berusia 19 tahun pada perlawanan Piala Perisai Komuniti (Charity Shields) musim 1998-1999 dimana beliau berjaya menjaringkan gol ketiga Arsenal untuk memastikan kemenangan Arsenal keatas United 3-0.
A difficult afternoon at Wembley, in the Charity Shield against Arsenal, hardly enhanced my reputation, my failure to prevent Nicolas Anelka from scoring inviting yet more criticism from certain sections of the media. - Jaap Stam

Aksi perlawanan Piala Perisai Komuniti 1998-99.


MUSIM TERAKHIR

Musim terakhir beliau bersama Arsenal berakhir dengan cukup gemilang apabila dinobatkan selaku Pemain Muda Terbaik Tahunan oleh Persatuan Pemain Profesional (PFA Young Player of the year) dan kehebatan beliau berjaya menarik minat gergasi Eropah, Real Madrid ketika itu.

Berusia 20 tahun ketika, Anelka turut menjadi sasaran Juventus yang turut ingin mendapatkan beliau namun beliau lebih tertarik menyertai Real Madrid.

Dan perpindahan beliau menyertai Real Madrid (£23juta) sememangnya diingati kerana kata-kata terakhir beliau yang mencetuskan kemarahan peminat dan penyokong Arsenal apabila beliau mengeluarkan kata: “To hell with the English people.”

Kata-kata tersebut diluahkan beliau ketika ditanya mengenai sama ada beliau akan menyaksikan perlawanan diantara Arsenal menentang Manchester United (Charity Shield 1999/2000).
Why should I? I'm no longer part of Arsenal and it doesn't interest me. To hell with the English people. - Nicolas Anelka 

Arsenal v Manchester Utd FA Charity Shield 1999/00


Dan peminat serta penyokong Arsenal membalas komen Anelka dengan 'chant' "Chim chiminey, chim chiminey, chim chim cheroo. Who needs Anelka when we've got Kanu"

*Arsenal berjaya menewaskan Manchester United dengan keputusan 2-1 pada perlawanan Charity Shield 1999/00 dengan gol Arsenal dijaringkan oleh Kanu pada minit ke-67 (penalti), dan Ray Parlour pada minit ke-78.


HASIL JUALAN

Wenger menggunakan dana yang diperolehi daripada penjualan Anelka untuk membawa masuk Pemenang Kasut Emas Piala Dunia 1998, Davor Suker dengan nilai perpindahan £3.5 juta dan juga membawa masuk pemain berbakat Juventus, Thierry Henry dengan nilai perpindahan £11 juta.

Petikan kata-kata Anelka.

PEMAIN PILIHAN - BULAN JANUARI 2018 : NICOLAS ANELKA 

Walaupun pemain ini tidaklah begitu dikenang sebagai pemain Arsenal lebih-lebih lagi sepanjang karier bolasepak beliau, Anelka lebih banyak membuat penampilan bersama Chelsea, namun kehadiran beliau di dalam skuad Arsenal pada tahun 1997 benar-benar mencetuskan satu fenomena yang tidak dapat dilupai oleh sesetengah peminat dan penyokong Arsenal.

Mungkin ianya tidak digemari oleh peminat Inggeris, namun di Malaysia mungkin berbeza.

Seorang pemain remaja berusia 19 tahun telah berjaya menjuarai kejuraan berganda dan telah menjaringkan 28 gol untuk 76 penampilan bersama Arsenal. 

REKOD BERSAMA ARSENAL

MUSIM SAINGAN PENAMPILAN GOL DIJARINGKAN BANTUAN GOL KAD MINIT PERMAINAN
96/97 Premier League 4 - - 131'
97/98 UEFA Cup 2 - - 93'
97/98 Premier League 26 6 5 2 - kad kuning 1,493'
97/98 FA Cup 1 3 - 90'
98/99 Community Shield 1 1 - 90'
98/99 Champions League 5 1 - 444'
98/99 FA Cup 2 - - 218'
98/99 Premier League 35 17 3 2,806'
JUMLAH 76 28 8 2 5,365'

REKOD PENAMPILAN SEPANJANG KARIER

Bil. Musim Kelab Penampilan Gol Bantuan Gol
1 2008–2012 Chelsea FC 184 59 38
2 2002–2005 Manchester City 99 45 -
3 1997–1999 Arsenal FC 76 28 8
4 1996–1997
2000–2002
Paris Saint-Germain 65 17 -
5 2006–2008 Bolton Wanderers 61 23 9
6 2005–2006 Fenerbahce SK 50 14 11
7 1999–2000 Real Madrid 32 7 -
8 2012–2013 Shanghai Greenland Shenhua 23 3 6
9 2001–2002 Liverpool FC 22 5 -
10 2014–2015 Mumbai City FC 13 2 -
11 2013–2014 West Bromwich Albion 12 2 -
12 2013 Juventus FC 3 - -

KEJUARAAN

KELAB
Arsenal Premier League: 1997–98
FA Cup: 1997–98
FA Charity Shield: 1998
Real Madrid UEFA Champions League: 1999–2000
Paris Saint-Germain UEFA Intertoto Cup: 2001
Fenerbahçe Süper Lig: 2004–05
Chelsea Premier League: 2009–10
FA Cup: 2008–09, 2009–10
FA Community Shield: 2009
Juventus Serie A: 2012–13
Kebangsaan (PERANCIS)
UEFA U-18 European Football Championship: 1997
UEFA European Football Championship: 2000
FIFA Confederations Cup: 2001
Individu
Premier League Player of the Month: February 1999, November 2008
PFA Young Player of the Year: 1999
PFA Premier League Team of the Year: 1998–99, 2008–09
Premier League Golden Boot: 2008–09



KONTROVERSI

Selain kontroversi bersama Arsenal, pemain ini juga pernah mencetuskan kontroversi bersama pasukan kebangsaan Perancis apabila dihantar pulang daripada kejohanan Piala Dunia 2010 ekoran kritikan yang dilontarkan beliau terhadap pengendali skuad Perancis, Raymond Domenech.

Kritikan "Va te faire enculer, sale fils de pute" - "Go fuck yourself you son of a whore" ditujukan beliau kepada Domenech pada separuh masa pertama perlawanan tersebut yang akhirnya menyaksikan beliau dikenakan hukuman penggantungan selama 18 bulan oleh Persatuan Bola Sepak Perancis selepas enggan membuat permohonan maaf, sekaligus mengakhiri karier 'international' beliau bersama Perancis.

Manakala setiap kelab yang disertai beliau pasti ada kontroversi yang tercetus seperti ketika bersama Real Madrid, beliau dikenakan penggantungan oleh Presiden kelab tersebut setelah dilaporkan tidak sefahaman dengan pengendali Real Madrid, Vicente del Bosque.

Sekembalinya beliau bersama PSG, beliau turut mencetuskan kontroversi sama apabila tidak sefahaman dengan pengendali PSG, Luis Fernández namun tidak dapat dipastikan bentuk tindakan yang dikenakan terhadap beliau.

Bersama Chelsea, beliau juga tidak terlepas daripada kontroversi apabila dikenakan hukuman oleh kelab tersebut setelah mengeluarkan hasrat untuk berpindah dan beliau dikenakan hukuman pengasingan bilik persalinan serta tidak dibenarkan menggunakan tempat meletak kereta bagi pemain utama (beliau tidak lagi dianggap pemain utama Chelsea oleh Villas-Boas.

Keenggan beliau untuk tunduk memberikan tanda penghargaan kepada penyokong Shanghai Shenhua turut menjadi kontroversi bersama kelab China itu yang disertai beliau pada tahun 2012.

Kemuncak kepada segala kontroversi di dalam karier bolasepak beliau adalah ketika bersama West Brom,dimana beliau pernah dikenakan penggantungan satu perlawanan oleh kelab tersebut selepas mengeluarkan kenyataan untuk bersara yang kemudiannya dinafikan oleh West Brom.

Gaya Anelka meraikan gol, quenelle - yang disifatkan sebagai anti-semitism.
Pada Februari 2014, beliau kenakan penggantungan lima perlawanan dan denda sebanyak £80,000 oleh Persatuan Bola Sepak England ekoran gaya sambutan gol beliau (quenelle) yang dibuat ketika menjaringkan gol pada perlawanan menentang West Ham.

BERSARA

Selepas mengumumkan persaraan pada tahun 2016 dengan kelab Mumbai FC merupakan kelab terakhir diwakili beliau selaku pengurus dan pemain, beliau kini bersama Roda JC sebagai penasihat kelab tersebut.

MENYESAL DAN CINTA

Beliau pernah mengeluarkan kenyataan dimana beliau terlalu muda ketika bersama Arsenal dan tidak menghargai perluang yang ada ketika itu (bersama Arsenal) serta beliau tidak sepatutnya meninggalkan Arsenal.

Dan beliau juga pernah meluahkan dimana beliau meninggalkan Arsenal kerana penyokong Arsenal sendiri (tidak menghargai beliau dan lebih memilih Ian Wright) dan perasaan untuk membalas dendam kepada penyokong Arsenal juga menjadi pembakar semangat beliau untuk meledakkan 17 gol dimusim terakhir beliau bersama Arsenal.

"I still love the club, the people, even if they think I don’t love them" - Anelka 
Beliau turut tersenarai dalam senarai 50 Pemain Terbaik Arsenal sepanjang zaman dan berada ditangga ke 29. 

Dan beliau tidak meraikan setiap gol yang dijaringkan beliau ketika menentang Arsenal kerana masih menghormati dan menyayangi kelab ini.

Nicolas Anelka - all 28 goals for Arsenal FC




Sumber:  Daily Mail, Daily Mail, Goal, Arsenal, Four-Four Two, Google and others.

Post a Comment

Previous Post Next Post