Sanchez sertai PSG, Ozil kekal dan pengganti Koscielny ditandatangani

Sanchez setuju sertai Paris Saint-Germain (PSG), Mesut Ozil kekal bersama Arsenal dan pengganti kepada Koscielny berjaya ditandatangani pada bulan Januari mengikut Football Manager.

Laman Football London semalam mendedahkan jika simulasi permainan video game (Football Manager) ini benar, maka Ozil akan kekal bersama Arsenal manakala Sanchez bakal sertai PSG selain Asenal berjaya mendapatkan pengganti kepada Koscielny pada Januari ini.



Berikut adalah kemungkinan yang terjadi buat skuad Arsenal tahun 2018 jika ramalan permainan ini menjadi kenyataan ( Football Manager 2018 ).

Arsene Wenger bakal melakukan dua pembelian utama dan kehilangan Alexis Sanchez secara percuma kepada Paris Saint-Germain. 

Permainan simulasi pengurusan bolasepak yang paling laris ini telah lama memikat minat peminat-peminat bolasepak dan kelab bolasepak turut menggunakan pangkalan data pemain yang ada pada permainan ini untuk mengesan sasaran dalam kehidupan realiti mengikut laporan tersebut.

Pada tahun 2014, satu perjanjian telah dicapai diantara Sports Interactive (syarikat yang membangunkan permainan ini) dan Prozone (syarikat yang membekal data-data bolasepak dimana ianya merupakan pembekal perkhidmatan analisis dan alat untuk permainan profesional), untuk berkongsi maklumat pada produk permainan mereka (Football Manager).

Awal musim ini, PSV Eindhoven telah menggunakan platform Football Manager untuk mengumumkan dimana mereka telah berjaya menandatangani Maximiliano Romero daripada Velez Sarsfield.
Dengan jendela perpindahan (Januari) kini dibuka, Football London telah menggunakan Football Manager 2018 untuk melihat bagaimanakah situasi perpindahan melibatkan pasukan Arsenal.



Pemain ditandatangani Arsenal pada Januari 2018.

Matija Nastasic 
Bekas pemain pertahanan Manchester City, Matija Nastasic dibawa masuk oleh Wenger pada jendela perpindahan Januari ini bagi memperkukuhkan barisan pertahanan Arsenal yang ketika ini dilihat semakin kritikal.

Pemain pertahanan tengah ini berusia 24 tahun berasal daripada Serbia dan kini beraksi untuk kelab Jerman,  Schalke.


Kontrak pemain ini bersama  Schalke bakal berakhir pada Jun 2019 dan dianggarkan nilai perpindahan ini berjumlah £19.75 juta serta beliau bakal diberikan jersi bernombor 5 bersama skuad Arsenal. 

Jesus Corona
Arsenal juga bakal membuat pembelian pemain sayap Porto, Jesus Corona dengan menandatangani perjanjian bersama pemain kelahiran Mexico itu dalam perpindahan bernilai £15 juta bagi persiapan kehilangan Alexis Sanchez.


Alexis Sanchez dan Mesut Ozil

Mesut Ozil kekal bersama Arsenal namun melakukan permintaan mengejutkan apabila membuat permintaan untuk dilepaskan pada pertengahan jendela perpindahan.

Kekurangan minat daripada pasukan lain untuk mendapatkan Ozil menyebabkan pemain tersebut kekal bersama Arsenal pada musim ini dan menghabiskan sisa-sisa kontrak beliau bersama Arsenal.


Wenger turut merendahkan nilai perpindahan pemain tersebut kepada £17.25 juta dan meletakkan pemain tersebut dibangku simpanan.

Namun situasi berbeza buat Sanchez dimana pemain tersebut gembira menghabiskan kontrak beliau bersama Arsenal sehingga ke penghujung liga sebelum menyertai PSG secara percuma.


Keseluruhan

Kejayaan Manchester City mendapatkan pemain yang menjadi sasaran Arsenal, Hirving Lozano daripada PSV  menjelaskan mengapa Arsenal menandatangani pemain Mexico, Jesus Corona.

Mesut Ozil, Jack Wilshere dan Santi Cazorla gagal dalam rundingan pembaruan kontrak bersama Arsenal pada bulan Januari yang menyebabkan mereka bebas menyertai mana-mana pasukan lain pada musim depan secara percuma.

Pemain sasaran Arsenal yang lain seperti Stefan De Vrij (pemain pertahanan tengah) menyertai Barcelona manakala Julian Draxler dan Nabil Fekir kekal bersama kelab masing-masing pada musim ini (Paris Saint-Germain dan Lyon).

Begitu juga dengan Rafinha, pemain Barcelona ini akhirnya menyertai Bayern Munich dan Pierre-Emerick Aubameyang serta Leon Goretzka kekal dalam rumors (tidak menyertai mana-mana pasukan pada Jendela Peprindahan Januari ini).

Post a Comment

Previous Post Next Post