UEFA bakal hadkan yuran ejen pemain.

UEFA dilaporkan bakal meletakkan had siling bagi yuran perpindahan (agent fees) pemain yang perlu dibayarkan kepada ejen pemain.

Selepas perpindahan Alexis Sanchez selesai menyertai Manchester United, ejen kepada pemain tersebut, Fernando Felicevich dilaporkan menerima sekitar £15 juta sebagai komisyen ataupun bonus dalam urusan perpindahan itu.



Manakala sebelum ini, Mino Raiola pula dilaporkan menerima sekitar £23juta sebagai 'upah' dalam perpindahan Paul Pogba ke kelab yang sama (Manchester United) pada musim lalu.

Dan pengumuman yang dibuat UEFA untuk mengehadkan kadar bayaran yang sepatutnya diterima oleh setiap ejen pemain ini sudah tentu dilihat sesuatu yang sangat positif dan ianya pasti turut menggembirakan pihak kelab dan juga peminat bolasepak.

Bayangkanlah dengan nilai yang diterima oleh ejen-ejen tersebut yang mana ianya menyamai nilai pembelian seorang pemain yang boleh dikatakan matang dan mampu beraksi bersama skuad utama bagi sesebuah pasukan.

Dan tindakan ini juga bakal dilihat mampu mengurangkan nilai perpindahan pemain yang ketika ini dilihat terlalu tinggi (bagi pembelian seorang pemain) akibat 'kerja-kerja' orang tengah ini yang mahu mengaut keuntungan melampau.

Akhirnya, isu kos ejen yang menerima atau mengautkan bayaran yang tidak masuk akal ini mendapat perhatian pihak berkuasa tertinggi bolasepak - UEFA.

Difahamkan bahawa pihak UEFA telah membincangkan topik ini pada mesyuarat Majlis Strategi Bola Sepak Profesional (Professional Football Strategy Council - PFSC) di Switzerland, dua hari lalu (Selasa) dan menyimpulkan bahawa sesuatu harus dilakukan bagi membendung dan mengatasi masalah ini.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak UEFA, mereka telah mengesahkan bahawa mereka bakal mengenakan atau menentap had bayaran (agent fees) yang bakal diterima oleh setiap ejen ataupun orang tengah yang mana ianya akan menjaminkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam sesuatu urusan perpindahan pemain selain hukuman yang sesuai bakal dikenakan jika berlaku pelanggaran terhadap peraturan ini.

"The PFSC endorsed a joint position on football agents/intermediaries, which is designed to shape policy change in this regard by potentially adding a cap on fees, introducing more transparency/accountability, and appropriate sanctions in case of infringement of the rules.” - UEFA.

Pihak UEFA juga menyeru Suruhanjaya Eropah dan pihak berkuasa tempatan yang lain untuk turut sama membantu dalam menangani beberapa amalan tidak sihat dalam urusan bolasepak dan turut menjelaskan dimana perbincangan lanjut mengenai hal-hal ini akan dijalankan pada bulan mendatang dengan turut melibatkan usaha dalam memperkukuhkan lagi Financial Fair Play bagi menjamin kemampanan jangka panjang bolasepak Eropah.



Post a Comment

Previous Post Next Post