Penjelasan Wenger mengenai urusan berbelanja dan pembelian pemain.

Arsene Wenger menegaskan bahawa beliau tidak akan menjejaskan kestabilan kewangan Arsenal dengan perbelanjaan mewah pada pemain baru sepanjang tempoh perpindahan Januari ini.



Isnin lalu menyaksikan dimana Alexis Sanchez meninggalkan Emirates untuk ke Old Trafford dalam perjanjian pertukaran pemain berprofil tinggi dengan Henrikh Mkhitaryan menyertai Arsenal daripada Manchester United.

Wenger yang telah lama berkhidmat bersama Arsenal, memang diketahui bahawa beliau tidak akan membelanjakan wang melebihi sumber kewangan yang sedia ada dan tindakan beliau ini membangkitkan kemarahan penyokong apabila beliau menegaskan bahawa tidak cara yang mampu buat Arsenal untuk memenuhi permintaan gaji Sanchez yang seterusnya menyaksikan pemain tersebut menyertai Man.United.

Sanchez dilaporkan menerima gaji berjumlah £500,000 seminggu daripada Manchester United dan jumlah inilah tidak mampu dipenuhi Wenger dan Arsenal terhadap pemain itu.

Laporan yang diterbitkan oleh firma perundingan, Deloitte yang berpangkalan di Britain pada hari Selasa lalu menunjukkan Arsenal telah melonjak naik mengatasi Paris Saint-Germain untuk berada dikedudukan keenam dalam senarai pasukan bolasepak yang menghasilkan pendapatan paling tinggi di dunia apabila berjaya mencatatkan kenaikan pada keuntungan tahunan sebanyak £70 juta.

Pendapatan tertinggi kelab bolasepak bagi tahun 2017
1 Manchester United £581.2 juta
2 Real Madrid £579.7 juta
3 Barcelona £557.1 juta
4 Bayern Munich £505.1 juta
5 Manchester City £453.5 juta
6 Arsenal £419 juta
7 PSG £417.8 juta
8 Chelsea £367.8 juta
9 Liverpool £364.5juta
10 Juventus £348.6 juta



Namun ini semua tidak menjaminkan buat Wenger untuk sewenang-wenangnya berbelanja pada jendela perpindahan Januari ini.

Wenger yang berbicara mengenai prospek Arsenal untuk menandatangani penyerang Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang pada perpindahan Januari ini, menegaskan bahawa Arsenal masih menghadapi kekangan kewangan akibat berpindah ke Stadium Emirates pada 2006.

"Kamu harus ingat dimana kita menghadapi kekangan kewangan daripada pihak bank kerana kita telah membina stadium" jelas Wenger.

"Ianya sangat penting, kami perlu menghormati dan mematuhi pelan kewangan yang ditetapkan. Kita telah berusaha keras untuk menjadi lebih kaya dan kita berjaya melakukannya," 

"Pada akhir hari, kami adalah kelab bolasepak yang serius yang mempunyai tanggungjawab dan kami hanya berbelanja dengan apa yang kami mampu. Jika anda tidak mampu, anda perlu mengatakan 'tidak, maaf, kami tidak boleh berbuat demikian'."

"Selepas itu, kita perlu bijak berbelanja dengan cara yang paling cermat dalam pasaran perpindahan sekarang yang mana ianya kini menjadi sedikit diluar kawalan."

"Saya yakin bahawa cara bolasepak diuruskan dimana ianya bukan hanya untuk membeli pemain dengan jumlah wang yang besar, tetapi mempunyai pemain didalam pasukan anda yang mana mereka ini mengambil tahu mengenai kelab, mempunyai rasa kepunyaan terhadap kelab (sense of belonging) dan rasa bangga menjadi sebahagian daripada kelab."

"Saya lebih suka menggalakkan kelab untuk mendorong lebih banyak kualiti terhadap pemain remaja kita, yang mana kita sedang lakukan ketika ini, daripada menghabiskan jutaan wang tanpa mengambil kira soal nilai tersebut."

PERPINDAHAN SANCHEZ

Perpindahan Sanchez yang meninggalkan Arsenal hanya beberapa bulan sebelum kontraknya berakhir pada akhir musim menyaksikan bekas pemain pertahanan Arsenal, Martin Keown menyifatkan pemain antarabangsa Chile itu sebagai seorang pemain yang hanya mengejar dan mementingkan kewangan".
Alexis Sanchez is 'the biggest mercenary in football' for leaving Arsenal for Manchester United. But for Sanchez, this is clearly not about going to the best team, working with Guardiola and taking his game to another level. 
“He has probably thought that he will not get a better offer if he waits until the summer, so he might as well take the best deal on offer now. It has been all about the money.” Martin Keown.
Pun begitu, ramai pemerhati bolasepak tidak bersetuju dengan pendapat Keown itu dan mereka ini tidak mempunyai masalah mengenai tawaran yang diterima serta keputusan yang dibuat Sanchez.

Kerana bagi mereka (pemerhati bolasepak) menyifatkan tindakan Sanchez ini dilihat lebih cenderung untuk memenangi kejuaraan bersama Manchester United yang lebih berpeluang memenangi lebih banyak kejuaraan (Oh! Sanchez tidak yakin untuk memenangi sebarang kejuaraan bersama Manchester City apabila menolak tawaran kelab itu) dan ini diakui sendiri oleh bekas pemain kelab itu,  Ryan Giggs  yang mana beliau menganggap Manchester United sangat beruntung memiliki Sanchez kerana  pemain tersebut merupakan 'superstar yang sudah siap sedia' - tanpa perlu membentuk pemain tersebut.

Manakala Wenger ketika menjawab soalan mengenai perpindahan Sanchez sama ada pemain itu membuat keputusan berdasarkan kejuaraan ataupun kewangan, beliau mengakui bahawa bekas pemain kendalian beliau itu membuat keputusan berdasarkan kedua-dua faktor tersebut.
"He can combine both. I think he goes to a great club and gets a great contract so you can understand it when a professional player can combine both aspects."

Post a Comment

Previous Post Next Post