Arsene Wenger lancar perang psikologi keatas Guardiola

Menjelang pertembungan diantara Arsenal dan Manchester City bagi perlawanan Akhir Piala EFL 2018, pengurus Arsenal, Arsene Wenger melancarkan perang psikologi keatas pengurus Manchester City, Guardiolap Guardiola.



Pep Guardiola pernah merangkul beberapa kejuaraan utama bersama Barcelona dan juga Bayern Munich ketika membimbing kedua-dua kelab tersebut termasuklah kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah.

Namun setakat ini, beliau (Guardiola) masih gagal memenangi sebarang kejuaraan bersama City, baik dari saingan domestik (Liga Inggeris) mahupun diperingkat Eropah.

Dan menjelang pertemuan akhir Piala EFL malam ini (jam 12.30 malam), sebagaimana laporan daripada FFT, Wenger menafikan cadangan yang mengatakan bahawa pengendali kelahiran Sepanyol itu telah meletakan satu pencapaian ataupun aras baru dalam dunia bolasepak.

"Tidak, kerana anda lihat Barcelona dan mereka masih menjadi pasukan terbaik di Eropah," jelas Wenger kepada akhbar UK.

"Anda harus menerima hakikat dimana bolasepak moden telah berubah dengan pengambilan pemain terbaik dalam beberapa pasukan."

"Kami, sebagai pengurus, mungkin boleh memberi sesuatu dengan falsafah kami tetapi bolasepak kini dimiliki oleh para pemain kerana kepentingan pemain telah menjadi lebih besar dari sebelum ini."

Untuk rekod, Arsenal telah memenangi trofi dalam setiap tahun bagi tempoh empat musim sebelum ini dengan menjuarai Piala FA ( 2013–14, 2014–15, 2016–17) dan Piala Perisai Komuniti pada tahun tahun 2014 dan 2015.

Dan Wenger percaya dengan kekuatan dan sejarah menjuarai kejuaraan serta pengalaman beraksi diperingkat akhir bakal membantu sekali lagi Arsenal dalam menghadapi City di Stadium Wembley.

"Apabila anda pergi begitu jauh, anda sampai ke perlawanan akhir, anda tidak mahu kehilangannya,"

"Anda mahu memenanginya. Namun anda harus bertenang kerana kerana Manchester City menguasai liga ketika ini dengan jauh meninggalkan pasukan lain dan mungkin kita lebih selesa dilabelkan sebagai 'underdogs' berbanding pada kejohanan Piala FA musim lalu (yang mana Arsenal menang 2-1)."

"Kami mungkin 'underdog' tetapi kami perlu percaya dengan kualiti kami. Sejarah telah membuktikan dimana kami berjaya melakukannya sebelum ini, jadi mengapa tidak melakukannya sekali lagi?"

Post a Comment

Previous Post Next Post