Pep Guardiola 'keras kepala'.

Tiga hari lalu, laman BBC telah melaporkan dimana Pep Guardiola telah didakwa oleh pihak Persatuan Bola Sepak England (FA) ekoran tindakan beliau yang mengenakan ataupun memakai reben kuning ketika perlawanan diantara Manchester City menentang Manchester United Disember tahun lalu.



Dan beliau diberikan tempoh sehingga 5 Mac ini untuk memberi respon ataupun menjawab pertuduhan (penjelasan) mengenai tindakan beliau itu.

Guardiola memakai reben kuning sebagai tanda sokongan kepada mereka yang ditahan di Catalonia.
Pada perlawanan akhir Piala EFL - Carabao Cup 2018 yang berlangsung malam tadi, beliau sekali lagi mengenakan ataupun memakai reben kuning yang disifatkan oleh FA England sebagai tanda ataupun simbol berbaur mesej politik.
'Yellow ribbon'
Pep Guardiola tiba di Wembley malam tadi bagi perlawanan akhir Piala EFL dengan memakai reben kuning sebagai tanda sokongan ataupun menyampai mesej perpaduan terhadap tahanan politik di Catalonia walaupun dikenakan hukuman oleh Persatuan Bola Sepak (FA) sebelum ini.

Pengurus Manchester City itu mula memakai rebennya (reben kuning) selepas Jordi Sanchez dan Jordi Cuixart diletakkan dalam tahanan selepas referendum kemerdekaan Catalonia pada Oktober lalu.

Disember lalu, Guardiola telah menjelaskan tindakan beliau itu (mengenai pemakaiaan reben kuning tersebut) setelah Jose Mourinho (pengurus Manchester United) mempersoalkan tindakan pengurus Manchester City ini yang mengenakan reben kuning pada perlawanan diantara kedua-dua pasukan itu.

"Saya berbuat demikian kerana di Sepanyol terdapat dua orang tertentu yang mempertahankan sesuatu seperti undi, sesuatu yang dipersoalkan akhirnya berada dipenjara. Ia adalah tidak adil."

Beliau turut menjelaskan dimana beliau akan memakainya (reben kuning) sehinggalah kedua-dua individu tersebut dibebaskan dan beliau tidak peduli sekiranya digantung atau dikenakan tindakan.

Kerana menurut beliau, hukuman yang dikenakan terhadap kedua-dua individu tersebut jauh lebih teruk berbanding hukuman ataupun tindakan yang bakal dikenakan terhadap beliau diatas tindakan beliau memakai reben kuning tersebut.

"Sekiranya mereka mahu
menggantung (suspend) saya - UEFA, Liga Perdana, FIFA - OK."
Jose Mourinho questioned whether the ribbon was within the rules. Credit : Sky News.

Post a Comment

Previous Post Next Post